Selasa, 20 Januari 2009

APA YANG COOL 2009 – LE COOL 2009



Cool – apa itu cool. Amat susah untuk mentakrif apa itu cool. Tetapi cool adalah mimpi dan cita-cita semua anak muda. Semua anak muda ingin di lihat cool.

Lawan cool ialah Square. Lawan cool ialah Skema. Lawan cool ialah Belia. Lawan cool ialah Rakan Muda. Lawan cool ialah nerd. Lawan cool ialah Mat Poyo.

Contoh skema paling baik ialah belia 4B. Contoh square yang paling menonjol ialah semua jenis Rakan Muda. Contoh yang paling tidak cool ialah Putera Gerombolan. Mat Poyo yang paling tidak cool ialah Mamat Mamat memakai baju puteh lengan pendek dan berseluar hitam. Minah poyo yang paling tidak cool ialah Minah yang pakai baju kurung puteh dan bertudung merah jambu. Poyo !

Marlon Brando ada epitomi cool dalam The Wild One. James Dean adalah cool dalam Rebel Without a Cause. Mickey Rooke adalah imej paling cool untuk anak muda di Peranchis. Hussein Abu Hassan ialah cool semasa menghisap Gold Leaf. Saloma ialah cool dengan batik ketat , berkebaya pendek dan berkaca mata hitam.

Jean Pual Sartre ialah cool dude apabila menolak Hadiah Nobel untuk Sastera 1964.

Usman Awang dengan Ray Ban gelap ketika berdemo di Pejabat Utusan adalah imej paling cool yang pernah lahir di bumi kita. Imej ini adalah imej cool sepanjang zaman.

Cool bukan hanya imej. Apa yang penting cool memperlihatkan sikap. Imej lahir dari sikap. Perangai, gerak dan tingkah laku lahir dari sikap.

Dalam dunia ini hanya yang bersikap cool yang telah berani mengubah dunia. Hanya yang memiliki attitude yang meneroka jalan.


APA MASIH COOL 2009

Baju t-hitam masih lagi cool. Baju t –putih dengan Levis 501 masih cool.
Jean koyak masih cool.
Baju dan seluar dari fashion house Le Bundle paling cool.
Kaca mata hitam sepanjang masa masih cool.
Myspace, friendster, blogger adalah cool
Dum Dum Tak band paling cool. Album terbaru Dum Dum Tak cool.
Keretek, Gitanes, Rokok Gulung, Tembakau masih cool.
Awek/balak Cina cool
Awek /Balak bukan sesama bangsa paling cool.


APA YANG DITENDANG KELUAR 2009


Anting-anting di telinga out
Cucuk lidah out
Rambut warna merah Abeng jual vcd haram dan handpone out sekali.
Lim Lok Weng out.
Rantai besar perak puteh out sekali.
Dilihat duduk di kedai mamak paling chukia - out sekali.
Dilihat di Bangsar Telawi paling out.
Awek/Balak Mat Saleh paling tidak cool – jadi King Kong
Di lihat bersama Gerombolan paling tidak cool.
Dilihat memakai baju batik lengan panjang siah malaikat 44.
Membaca Metro, Kosmo, Panca Indera -adalah kerja haprak yang paling tidak cool.
Pulau Perhentian, Langkawi, Phuket, Ku Sumpoi – out


SIAH MALAIKAT 44


Jangan dilihat di Lot 10, Pavillion, Star Hill, Hard Rock Café, Ikea dan di PWTC atau memegang Utusan Malaysia.


UNTUK DILIHAT COOL TAHUN 2009


Melihat semua gig underground.
Melihat gig Dum Dum Tak.
Membaca Harakah. Membaca Suara Keadilan. Membaca Roket.
Membaca laman MalaysiaToday , MalaysiaKini dan RiceCooker.
Mendaki gunung. Berbasikal. Makan di warung.
Bershoping di Chow Kit Road.
Bercuti di pantai Tanjung Karang, Telok Batak, Pulau Pangkor.
Memakai baju T anti ISA.
Berdemo.


SIAPA YANG MASIH COOL 2009

Mior Pembusker di Pasar Seni.
Pian Habib penyajak.
Zunar pelukis kariture politik.
Wak Bajij pembawa keretek dari Indonesia.
Evelyn pemain piano di No Black Tie.
Joe Kidd di Rice Cooker.
Rahmat Haroon.
Laman Diskopi.
Mat Rempit/Minah Rempit.
Tukang Potong Rumput di Plus Highway yang pakai kaca mata hitam dan balaclava.
Mat Bangla di stesen minyak
Minah Indon di restauran Cina.
Mat Sabu.



NILAI HARTA KHAZANAH JATUH 20 PERATUS – the malaysianinsider


KUALA LUMPUR, Jan 19 - Krisis ekonomi global telah melupuskan nilai ‘realisable asset value’ Khazanah Nasional Berhad's sebanyak 20%.

Nilai harta Khazanak pada 31 Disember 2007 ialah 70.4 bilion ringgit. Jatuh dari 88.2 bilion ringgit.

Keseluruhan harta Khazanah juga jatuh dari 53.1 bilion ringgit ke 33.7 bilion ringgit.


woit…. OUR ECONOMY IS STRONG?.... kah kah kah….

woit….. WE HAVE NO ECOMONIC CRISIS?..... kah kah kah…

woit…. habislaaa duit kwsp kena rompak…. abis duit pencen…kah kah kah…

kah kah kah….isteri rosmah ini tak baca surat khabar ke… kah kah kah

woit…. apa jadi dengan 7 bilion ringgit itu?... kah kah kah…. tak kan semua habis lingkup beli botox…kah kah kah....



200,000 PEKERJA HILANG KERJA - melayau


KUALA LUMPUR 19 Jan. – Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) menjangkakan 200,000 pekerja di negara ini terpaksa diberhentikan berikutan merudumnya ekonomi global berbanding 85,000 pekerja sewaktu kemelesetan ekonomi 1998.

Menurut MEF yang dianggotai 4,500 majikan itu, kemelesetan ekonomi global 1998 hanya membabitkan peringkat Asia berbanding krisis semasa yang lebih meluas kesannya.

Pengarah Eksekutif MEF, Shamsuddin Bardan berkata, sektor yang terjejas teruk pada masa ini ialah industri komponen elektronik dan elektrikal apabila ada di antaranya tidak menerima tempahan produk untuk tempoh tiga bulan pertama tahun ini.



PEKERJA CUTI SEMENTARA MENINGKAT - melayau

KUALA LUMPUR 19 Jan. - Jumlah pekerja kilang yang akan diberi cuti sementara oleh majikan ekoran kegawatan ekonomi global mungkin meningkat pada hujung bulan ini.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr. S. Subramaniam berkata, pihaknya tidak dapat menganggarkan angka sebenar yang akan diberi cuti sementara itu, tetapi jumlah tersebut sudah pasti melebihi 45,000 pekerja.

Menurutnya, pemberian cuti sama ada cuti bergaji atau tanpa gaji selama dua atau tiga minggu itu adalah salah satu cara majikan untuk mengatasi masalah kekurangan pengeluaran syarikat masing-masing.



NEGARA MILIKI ASAS KUKUH – ISTERI ROSMAH - melayau

KUALA LUMPUR 19 Jan. – Datuk Seri Najib Tun Razak meminta para pelabur asing dan tempatan agar tidak merasa resah atau gelisah dengan kekuatan ekonomi negara ini.

Jelas Timbalan Perdana Menteri, negara memiliki asas yang kukuh dengan lebihan dagangan yang sihat dan rezab antarabangsa yang mencecah RM316.8 bilion dan
memastikan ekonomi negara berada dalam keadaan baik sepanjang tahun ini.


kah kah kah…. kah kah kah…. NEGARA MILIKI ASAS KUKUH ?.... kah kah kah..

woit…. terok laaaa mat mongol ini….. mana munkee ni punya otak… tak kan ngok sangat…. rakyat dah mula hilang kerja…. munkeee ni masih nak lebong… kah kah kah…

woit…. cukuplaaa …. jangan tipu melayu…. hentikan projek membodohkan melayu… cukuplaaaaa…. dah ramai melayu bodoh…. cukuplaaa… kah kah kah




MB PERAK DICABAR DEDAH - melayau


IPOH 19 Jan. - Menteri Besar, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin dicabar mendedahkan kepada rakyat nasihat Sultan Perak dan keputusan mesyuarat Exco kerajaan negeri berhubung pemberian tanah hak milik kekal kepada penduduk kampung baru.

Presiden Gagasan Melayu Perak (GMP), Datuk Seri Hilmi Ismail berkata, dalam hal ini, Mohammad Nizar perlu jujur dan berterus terang sama ada keputusan mengenai pemberian hak milik kekal itu dicapai secara sebulat suara atau sebaliknya.



GERAN KAMPUNG BARU , JUS SOLI DAN KEMAHIRAN BERBOHONG
– harakah

Sentimenn agama nampaknya terus dimainkan Umno bagi kembali meraih sokongan masyarakat Melayu negara ini.

Lebih memualkan lagi apabila tiupan semangat tebal perkauman dan agama itu disulami dengan pendustaan dan pembohongan tanpa henti; seolah-olah soal moral, etika dan akhlak tidak ada dalam kamus para pemimpin Umno.

Program membabitkan 149,000 lot tanah itu cuba dipolitikkan Umno negeri kerana kononnya ia memberi kelebihan kepada penduduk Cina yang duduk di kampung baru. Penganugerahan hak milik kekal ini juga disifatkan sebagai "menggadaikan maruah bangsa dan agama" oleh seorang Menteri Umno. Malah Menteri Besar Perak dianggap menuruti telunjuk DAP kerana sanggup menganugerahkan geran hak milik selama 999 tahun kepada penduduk Cina kampung baru dan hanya 99 tahun kepada penduduk Melayu di kampung tersusun.

Apa yang gagal diceritakan pemimpin Umno negeri kepada umum adalah selain 134 kampung baru (yang sebenarnya turut diduduki oleh kaum Melayu dan India), kerajaan negeri turut memberikan hak milik kekal kepada 349 kampung tersusun yang kesemuanya diduduki oleh orang Melayu!

Adakah keputusan memberikan hak milik kekal kepada kampung tersusun ini juga boleh dianggap sebagai "mengkhianati hak Melayu"?

Nizar ketika menjelaskan isu ini berkata, penganugerahan hak milik tanah kepada 47,000 penduduk kampung baru hanya membabitkan 3,000 ekar (1,200 hektar) tanah sedangkan ketika Perak di bawah penguasaan BN, lebih banyak tanah negeri itu telah tergadai kepada orang bukan Melayu.

Antaranya penganugerahan lebih 10,000 ekar tanah kepada MCA untuk membina kampus Universiti Tun Abdul Razak (Unitar).

Dan jika penduduk kampung baru tidak layak diberikan geran hak milik untuk tapak kediaman semata-mata kerana mereka berbangsa Cina, mengapakah kerajaan BN pimpinan Umno sanggup memberi peluang kepada rakyat Singapura yang majoritinya berbangsa Cina membeli hartanah di negara ini termasuk di Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI) yang terletak di selatan Johor - negeri paling kuat pengaruh Umno dalam dunia?

Umno juga perlu menjelaskan beberapa isu berbangkit berhubung hak milik tanah termasuk penganugerahan puluhan ribu hektar tanah kepada taikun-taikun Cina oleh kerajaan BN pimpinan Umno antaranya Vincent Tan dan Lim Goh Tong.

Umno juga tidak harus melupakan nasib malang yang menimpa orang Melayu di Kerpan, Kedah; Pantai Kundor dan Pantai Tanah Merah, Melaka dan beberapa negeri lain yang dihalau keluar daripada tanah tumpah darah mereka semata-mata untuk memberi laluan kepada projek-projek mega kerajaan BN.

kh kah kah…. gerombolan nak lebong….kah kah kah…

kah kah kah…. gerombolan hendak hantukan pas dengan dap…. kh kah kah…

woit…. gerombolan tak sedar lagi ke… pakatan rakyat bukan parti perkauman….kah kah kah…

woit … tanah di kerpan kedah …siapa yang rampas…. tanah di pantai kundor…. Dan tanah merah melaka…siapa yang rampas…. otel rasa sayang di batu ferrigi pulau pinang….dulu kampong nelayan…. siapa yang rampas….

woit…. jangan cakap israel saje yang rampas tanah palestin…. geromboloan pun lebih zionis daripada israel…. kah kah kah...



KEGAGALAN SAYAP BN - melayau


JIKA Pilihan Raya Kecil Parlimen Kuala Terengganu dijadikan ukuran berhubung sambutan generasi muda terhadap UMNO adalah jelas parti berkenaan terpaksa mengakui bahawa mereka gagal menarik golongan itu.

Sebenarnya, di Kuala Terengganu, sejak dari awal lagi sudah merasakan golongan berkenaan tidak akan menyebelahi BN. Ia bukan sahaja berdasarkan kepada gelagat golongan muda yang begitu megah mengibarkan bendera pembangkang di jalan-jalan raya, malah program-program yang diatur oleh Pemuda atau Puteri juga dilihat sebagai pendekatan yang sudah ditelan zaman.

Semua ini terjadi kerana Pemuda UMNO negeri ibarat hidup segan mati tidak mahu dan hanya akan bergerak jika ada pemimpin negeri datang atau ketika musim pilihan raya sahaja. Kegagalan mereka berfungsi sekali gus membawa bencana kepada BN.

Lebih malangnya lagi apabila ada laporan yang menyatakan terdapat ahli-ahli Puteri yang masuk ke kampung-kampung untuk berkempen, berpakaian seperti hendak pergi 'bershopping', biarpun mereka mengetahui bahawa mereka berada di kawasan luar bandar.



kah kah kah….kah kah kah…. awal lagi sudah beri tahu…. banyak yang datang kerana nak jumpa bik mama…. kah kah kah…. nak tunjuk muka pada suami najib…. kah kah kah….kalau bik mama tak nampak…. tak dapat projek…. kah kah kah…

woit…. BERSHOPPING …. kah kah kah… kah kah kah…. bungkus ketuanan melayu…. kah kah kah