Jumaat, 31 Oktober 2008

BERITA BELUM DI SAHKAN !


Razak Baginda telah kelihatan berada di Lapangan Terbang Kuala Lumpur pada jam 6.00 petang ini.

Razak Baginda kelihatan tidak di iringi oleh kaum keluarganya. Dia kelihatan bersendirian dan hanya membawa sebuah kerpai palstik.

Pegawai Syarikat Air Bangla telah memberi tahu bahawa Razak Baginda telah membeli tiket satu hala untuk penerbang Air Bangla menuju ke Ulan Bator Mongolia.

Penerbangan AB658 ini akan meninggalkan KLIA pada jam 10.30 malam menuju Hong Kong sebelum menyambung perajalanan ke Ulan Bator. Penerbangan AB658 ini akan sampai ke Ulan Bator jam 7.30 pagi waktu tempatan

Ajensi berita telah melaporkan, besar kemungkinan Razak Baginda menuju ke Ulan Bator kerana terlalu rindu akan anaknya yang kesaorangan setelah ibunya Altantuya menjadi arwah.(tt)




MAJLIS FATWA AKAN BERINDAK ?


Apakah Jawi, Jakim, Jaik dan semua J badan yang ada I huruf besar akan berkumpul untuk mengeluarkan fatwa tentang:

Apakah Islam atau tidak Islam anak Razak Baginda dengan arwah Altantuya yang kini menetap di Ulan Bator ibu kota Mongolia?

Apakah Razak Baginda berkahwin sah dari pandangan Jawi, Jakim dan Jais ?

Jika anak arwah Altantuya ini sah Islamnya maka bilakah hendak di hantar delegasi untuk mengambil anak ini?

Jika anak ini dibesarkan di Mongolia apakah ini akan mengugat akidah umah?

Apa akan terjadi jika anak ini nanti naik kuda , pandai memanah dan berlagak macam Pengkid?




TERKINI ! TERKINCIT ! BAPA ALTANTUYA KECEWA PEMBEBASAN RAZAK BAGINDA - berita.hairan


SHAH ALAM: Bapa Altantuya Shaariibuu, Dr Shaariibuu Setev kecewa dengan keputusan Mahkamah Tinggi di sini, hari ini yang membebaskan Abdul Razak Abdullah Baginda daripada tuduhan membunuh anaknya itu.

Shaariibuu berkata, keputusan itu akan mencemarkan imej sistem kehakiman negara ini di peringkat antarabangsa kerana kes itu menjadi tumpuan dunia.


kah kah kah kah..... kah kah kah ... kah kah kah..

razak baginda bebas???.... kah kah kah kah...

bebas... kah kah kah kah



TERBARU !! TERPANAS ! TERKENTUT ! RAZAK BAGINDA BEBAS !@!

Razak Baginda bebas.

kah kah kah ..... kah kah kah.... bebas... kah kah kah ... bebas... kah kah kah.

razak baginda bebas?..... kah kah kah kah kah.... bebas... kah kah kah




ANWAR KECAM KERAJAAN PERJUDI NYAWA PARAJURIT NEGARA - Suara Keadilan

PARLIMEN, 30 OKTOBER (SK)- Ketua Pakatan Rakyat, Anwar Ibrahim melahirkan kekecewaan beliau terhadap Kementerian Pertahanan kerana memperjudikan nyawa parajurit negara dengan meluluskan kontrak Eurokopter tanpa ujian fizikal.

“Penjelasan Timbalan Menteri Pertahanan (Abu Seman Yusop) tadi, perolehan Eurocopter yang menjamin kepentingan keselamatan negara dan keselamatan juruterbang kita dibuat tanpa pasukan penilaian,” katanya ketika sidang media di ruang legar Parlimen tengah hari tadi.

Sebelum sidang media berkenaan, dalam perbahasan di Dewan Rakyat, Abu Seman yang juga Ahli Parlimen Masjid Tanah menjelaskan bahawa tiada sebarang proses penilaiaan dan pemeriksaan bagi memastikan keselamatan juruterbang.

Anwar itu juga menyifatkan pembelian berkenaan hanyalah sekadar dilihat dari dokumen yang disediakan tanpa ujian fizikal.

“Maknanya beli berdasarkan dokumen. Lihat dokumen canggih, lengkap serta semua perkara teknikal dipenuhi…beli dengan RM1.6 bilion,” menurut Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh.


kah kah kah…. abu seman ni munkee jenis apa?.... kah kah kah…. tanya mat rempit kalau dia nak beli motor cap cai pun kena test dulu…. kah kah kah…. munkee ni bengong….

inilah dia munkee dari gerombolan UNITED MALAYS NATIONAL ORGANISATION…. kah kah kah…. kerja menipu rakyat …. kah kah kah… rompak duit KWSP … kah ah kah….dan membodohkan orang melayu…. kah kah kah



BELI KANCIL PUN KENA PANDU DULU - malaysiakini

Timbalan Menteri Petahanan Abu Seman Yusop telah di bantai hebat di Parlimen kelmarin. Ini timbul apabila dia mengakui bahawa TIDAK ADA siasatan dan tengok, uji dan periksa terhadap 12 buah Eurokopter Cougar EC 725 yang ingin dibeli oleh rakyat Malaysia.

Harga yang dinyatakan juga bertingkah-tingkah macam hendak menipu. Abu Seman berkata harganya RM1.6 bilion. Manakala Setia Usaha Kementerian Abu Bakar Abdullah berkata harganya RM 1.1 bilion.

Mana yang satu harga sebenar tidak di ketahui. Mana yang tipu dan mana yang betul tidak jelas. Kemungkinan dua-dua harga ini juga adalah harga tipu.

Ketua Pakatan Rakyat Anwar Ibrahim telah bertanya “ bagaimana pembelian ini tidak melakukan uji tengok . Saya yang ada pengalaman 8 tahun sebagai menteri keewangan akan melihat apa benda yang ingin dibeli kerajaan’.

Sementara itu, M.Manogaran YB dari Telok Intan telah mengejek Abu Seman dengan berkata, “ kalau kita hendak membeli Perodua Kancil kita kena lihat dan uji, inikan pula herlikopter yang berharga RM1.6 bilion.

Abu Seman Yusuf hanya tersengeh-sengeh dan terseringai bodoh.



PM: HARGA SEBENAR RM1.607 BILION - melayau

KUALA LUMPUR 30 Okt. - Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini menjelaskan kesilapan mengenai harga helikopter yang beliau umumkan semalam.

Perdana Menteri berkata, harga sebenar helikopter ialah RM 1.607 bilion dan bukannya RM1.7 bilion seperti yang beliau umumkan semalam.

''Harga semalam yang saya keluarkan melalui satu kenyataan ialah RM1.7 bilion, itu adalah satu kesilapan dan saya minta maaf atas kesilapan itu. Sebenarnya angka itu ialah RM1.67 bilion maka saya kata kita bulatkan angkanya kepada RM1.7 bilion.


kah kah kah…. ada tiga harga ….kah kah kah…. RM 1.6 bilion ….kah kah kah
RM 1.1 bilion…. kah kah kah….dan dari wak dolah…. RM 1.607 bilion…. kah kah kah…. ini semua nak menipu rakyat….. kah kah kah…. mana harga yang betul…. kah kah kah…. dah terbongeng….

woit dulu hanya ada sepuluh YB yang bagun melawan….. kah kah kah…. ni dah ada hampir 100 YB…. kah kah kah…. tak kan tak sedar lagi…. kah kah kah

boleh bulat bulat je duit rakyat....bincat jean bolehlah gintil bulat bulat... kah kah kah…. apa punya tuuuuuuur ni…. berapa ratus ribu tu…. kah kah kah…. wak dolah hoooi…. tak bangun bangun dari tidur…..kah kah kah….




LAGI BERITA FITNAH – JUMLAH MUFLIS BERTAMBAH – The Edge Daily

KUALA LUMPUR: Lembaga-lembaga bank Malaysia akan melihat bertambah banyak kes-kes tidak dapat membayar hutang awal tahun depan.

Satu sumber yang rapat dengan pentabiran pinjaman dari sebuah bank tempatan berkata kepada The Edge Financial Daily - ‘kes muflis’ individu dan syarikat ‘sedang naik bertambah’ semenjak bulan September.

“ Akan bertambah jumlah kes dan juga jumlah wang terhutang. Kebanyakan hutang bersabit dengan perniagaan runcit. Juga bertambah ialah berhutang kerana beli dulu bayar kemudian.”


kah kah kah…. ini berita palsu…. kah kah kah…. ini mesti akhbar nak burukkan menteri keewangan melayu mat mongol….kah kah kah….ini mesti ada ajenda tersorok…. kah kah kah…ini mesti nak burukkan bumiputera.... kah kah kah...

bukan kah mat mongol sudah cakap … NO ECONOMIC CRISIS IN MALAYSIA… OUR FUNDAMENTAL IS STRONG….. kah kah kah



Khamis, 30 Oktober 2008

DUA BERITA - MANA SATU YANG CUBA MEMBODOHKAN MELAYU

PEMBELIAN EUROKOPER PEOFESIONAL – PAC – Utusan Melayau

KUALA LUMPUR 29 Okt. - Penilaian awal yang dibuat oleh Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mendapati aspek teknikal pembelian helikopter Eurocopter EC725 dibuat secara profesional.

Bagaimanapun, kata Pengerusinya, Datuk Seri Azmi Khalid, kesimpulan lengkap mengenai pembelian itu hanya boleh dibuat setelah pihaknya membuat penilaian menyeluruh termasuk aspek kewangan yang akan dibentangkan pada hari kedua mesyuarat jawatankuasa itu esok.

''Dari segi teknikal yang dibentangkan hari ini, kita mendapati ia dibuat dengan profesional, tetapi saya tidak dapat memberikan komen lebih lanjut kerana banyak lagi aspek lain yang perlu diteliti.

''Saya juga perlu membuat perbincangan dengan ahli-ahli jawatankuasa lain," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat PAC yang turut disertai wakil rakyat pembangkang di bangunan Parlimen di sini hari ini.


EUROCOPTER INQUIRY POSTPONED DUE TO ABSENCE OF TOP OFFICIAL – Malaysia Insider

KUALA LUMPUR, Oct 30 - The Public Accounts Committee (PAC) investigation into the Eurocopter scandal has been postponed to next Monday.

Its chairman, Datuk Seri Azmi Khalid, told reporters in Parliament today that the investigation could not proceed further at this stage due to the absence of the Finance Ministry's most senior officer.

"We were forced to postpone the meeting because the topmost official from the Finance Ministry who is supposed to be present is absent," Azmi said, referring to Treasury Secretary-General Tan Sri Dr Wan Abdul Aziz Wan Abdullah who was represented by a junior official.

"We want the secretary-general himself to be present because he is the custodian over purchases in the Finance Ministry. It is his responsibility," Azmi explained.

Asked if the secretary-general had notified him beforehand, Azmi replied in the affirmative, but added that the reason given was not very convincing.

"He is busy with other duties," he quoted Wan Abdul Aziz as saying.

Though he did not single out the Finance Ministry staff as being irresponsible, Azmi urged all parties involved in the Eurocopter deal to view the matter seriously and to give their full cooperation to the PAC investigation.


kah kah kah…..lihatlah usaha yang berterusan untuk membodohkan melayu… kah kah kah…. bila melayu bodoh melayu senang di tarik hidung…. kah kah kah…

bila melayu bodoh maka melayu akan takut ... mengikut dan menyokong UNITED MALAYS NATIONAL ORGANISATION ….kah kah kah

bila cina dan india cerdik…. marah pulak….. kkah kah kah ...tuduh cina dan india menumpang…. kah kah kah... tuduh mereka tak pandai bersyukur….kah kah kah….

maklumat dan berita lebih tepat dalam akhbar yang TIDAK bertulis melayu…. inilah proses pembodohan melayu dalam ajenda KETUANAN MELAYU…. kah kah kah...



BERITA GEMPAR BARU DI TERIMA – PLENTONG JOHOR BAHRU

Suasana kecoh diluar Mahkamah Tinggi Johor Bahru berlaku apabila Pegumbela dan penduduk Kg Plentong Tengah diberitahu Hakim bahawa Afidavit pembelaan untuk meroboh rumah mereka ditarik balik.

Ketua Cawangan United Malays National Organisation Kg Plentong Tengah
telah datang ke mahkamah semalam dan meminta Afidavit itu dibatalkan.

Penghakiman muktamad sidang hari ini membuat keputusan : SEMUA RUMAH DIROBOHKAN.

Hari ini Hakim memutuskan bahawa penduduk Kg. Plentong Tengah wajib merobohkan sendiri rumah mereka pada atau sebelum 31 Dis. 2008. Dalam suasana tegang dan sedih itu beberapa orang Angkatan Muda Keadilan Johor menasihat penduduk agar bersabar dan menerima hakikat bahawa dikalangan mereka ada Ahli United Malays National Organisation yang menjadi penghianat bangsa sendiri.

Penduduk telah 'dalam terpaksa' membuat akuan di hadapan Hakim untuk merobohkan rumah mereka sendiri sebelum 31 Dis 2008. Jika tidak esok rumah terpaksa dikosongkan dan dirobohkan oleh Pemaju Bukit Lenang.

Angkatan Muda Keadilan Johor
tidak menyangka United Malays National Organisation menjadi penghianat bangsa Melayu. Sia-sia semua usaha kami disebabkan si-penghianat ini.

http://amkjohor.blogspot.com/2008/10/keputusan-mahkamah-kg-plentong-tengah.html




6 HARI LAGI OBAMA KE RUMAH PUTEH

Malam tadi amerika menonton obama
30 minit obama jual diri

6 hari lagi ke rumah puteh

Semua yang perlu dilakukan telah dilakukan
Obama bin hussein
Obama bin lebai hussein
Obama bin haji lebai husein
Obama bin ayatollah hussein

Gagal

Akhirnya obama di kiri kan
Lalu kiri dijadikan alasan
SDS dan Weatherman di jadikan tunjuk sebab

Kiri di takuti bukan kerana kiri
Kerana kiri tepat dan betul

Republikan akan kalah bukan kerana obama kiri
Tidak ada beza antara coco cola dengan pepsi cola
Republikan kalah kerana dunia menjadi kiri

Amerika latin mula jadi kiri

Venezuela kiri
Cuba kiri
Chile kiri
Bolovia kiri
Nicaragua kiri
Eropah timur kembali kiri
Eropah utara sedang kiri
Eropah barat berfikir kembali untuk jadi kiri

Dalam krisis kapitalis jawapanya hanyalah kiri

Di Amerika – tidak ada beza antara coco cola dengan pepsi cola



STATISTIK EKUITI DAN BUMIPUTERA TIADA MAKNA


Pembohongan ada pelbagai bentuk. Ada orang yang membuat janji tetapi tidak ditunaikan. Ada parti politik yang membuat manifesto pilihanraya tetapi sesudah menang dan berkuasa manifesto ini dilupakan. Ada menteri yang berjanji akan telus tetapi apabila berkuasa menjadi kukubesi. Ada menteri yang berjanji menentang nepotisma tetapi apabila berkuasa yang diutamakan ialah kaum keluarga. Semua ini pembohongan yang kita semua tahu, sedar dan faham.

Ada lagi satu pembohongan yang namanya – Statistik. Malah statistik adalah pembohong yang paling tersusun lagi licik lengok jalannya. Saya tidak pernah percaya kepada statistik. Saya menolak statistik sebagai patukan untuk dijadikan rujukan. Ini kerana selama ini saya melihat bahawa statistik ini boleh dimanipulasi dan ditunggang terbalikan. Statistik juga dijadikan senjata untuk mengolah pandangan orang ramai.

Mari kita lihat kes statistik tentang pencapaian ekonomi Bumiputera yang terus dihebohkan. Kes statistik ini menjadi heboh dan sengaja diheboh-hebohkan untuk tujuan mendapat sokongan politik. Mula-mula keluar satu angka statistik mengatakan bahawa Dasar Ekonomi Baru telah berjaya mencapai matlamat. Bumiputera sudah memiliki 45% ekuiti ekonomi negara ini.

Kemudian, satu lagi statistik yang mengatakan Dasar Ekonomi Baru belum berjaya. Bumiputera hanya memiliki hampir 19% sahaja. Kemudian satu lagi angka statistik keluar – bukan yang ini dan bukan yang itu – tetapi dipaparkan satu angka baru. Tiga angka statistik dimunculkan kepada umum. Membingongkan ? Tidak. Lupakan sahaja kerana ketiga-tiga angka ini tidak memiliki apa-apa untuk kita semua.

Saya tidak peduli sama ada Bumiputera memiliki 50%, 60% atau 100% ekuiti ekonomi negara ini. Angka-angka ini tidak memberi apa-apa makna kepada saya. Hujah saya menolak angka statistik ini cukup senang. Statistik ini hanyalah satu ‘omong kosong’. Statistik adalah angka-angka yang dikumpul tetapi dalam kehidupan harian kita ianya tidak bermakna.

Kalaupun Bumiputera memiliki 70% atau 90% ekuiti ekonomi negara ini, untuk rakyat seperti kita, ianya tidak akan mendatangkan apa-apa perubahan yang hakiki. Kalau kita Bumiputera naik bas tambangnya sama dengan yang Bukan Bumiputera, beli sayur harganya sama, bil lektrik, bil air dan harga top-up pun sama. Setiap bulan sewa bilik harganya sama. Di hujung tahun kos kehidupan bertambah – Bumiputera atau Bukan Bumiputera. Pemilikan ekonomi Bumiputera ini tidak ada sangkut paut dengan kehidupan harian kita, walaupun kita Bumiputera.

Katakanlah Bumiputera dalam negara ini telah memiliki 50% dari jumlah ekuiti ekonomi negara. Saya cukup yakin 50% ekonomi ini tidak akan dimiliki oleh semua Bumiputera. Jumlah 50% ekonomi negara ini mungkin dimiliki oleh 10 orang, 20 orang, 200 atau 200,000 orang Bumiputera. Apa yang terjadi kepada 16 juta Bumiputera yang lain? Mereka juga Bumiputera dan apabila statistik ini dirangka kewujudaan mereka juga dihitung sama. Jelas disini statistik ini tidak memiliki apa-apa makna.

Dalam ekonomi kapitalis, setiap individu dan warga diberi kebebasan untuk memiliki sebanyak mana kekayaan. Dalam ekonomi kapitalis disediakan ruang dan galakan untuk warga mencari dan mengumpul kekayaan. Jika kita faham ini maka bermakna kita semua sebagai warga akan mendapat peluang yang sama. Salah. Kita TIDAK akan memiliki peluang yang sama dalam ekonomi kapitalis. Peluang ini tidak wujud untuk kita yang tidak memiliki modal. Hanya mereka yang memiliki modal sahaja yang akan dapat mempergunakan peluang itu.

Bagitu juga dalam hal Dasar Ekonomi Baru ini. DEB ini telah menobatkan bahawa setiap Bumiputera di Malaysia berhak untuk memiliki 30% ekuiti ekonomi negara. Ini dongeng. Ini juga statistik. Mak Jah dari Felda Taib Andak yang memohon untuk mendapat projek membuat Istana Negara yang berharga 400 juta ringgit itu tidak akan mendapat melawan Maya Maju Sdn.Bhd. Mak Jah dan syarikat Maya Maju ini sama , mereka berstatus Bumiputera. Tetapi hakikatnya adalah berlainan. Ada hukum-hukum dan syarat-syarat lain yang TIDAK bertulis. Bumiputera ini hanya satu dongeng sama seperti statistik. Ianya tidak memiliki apa-apa makna yang hakiki.

Heboh-heboh statistik baru-baru ini bertujuan untuk mengolah persetujuan rakyat terutama Bumiputera untuk terus menyokong DEB. Dan terus menyokong gerombolan United Malays National Organisation. Amat jelas dari heboh-heboh ini ada dua pembohongan. Bohong pertama statistik. Bohong kedua ialah Bumiputera. Dua pembohongan ikat berikat.

Saya sedar ramai yang terpengaruh dengan pembohongan ini. Di sini saya ingin menerangkan terutama yang menganggap diri mereka Bumiputera. Saya harap mereka sedar bahawa konsep Bumiputera itu tidak ada apa-apa makna. Konsep ini juga sama dengan peratus statistik pencapaian ekuiti ekonomi Bumiputera - kedua-dua hanyalah ‘dondang sayang’ yang kedengaran tetapi tidak dapat dimasukkan ke dalam saku.

Selama 30 tahun ini bunyi perkataan Bumiputera telah dijadikan kempen oleh gerombolan United Malays National Organisation untuk mengumpul sokongan terutama dari orang Melayu. Rasa saya, manusia Bumiputera ini telah lama berdongeng bukan kerana ganja tetapi kerana mendengar bunyi dan statistik Bumiputera. Masanya telah sampai untuk kita bangun dari terus berdongeng dan berkhayal. Sila lihat disekeliling dan perhatikan apa yang sedang berlaku.

Ini bukan labun atau kempen politik kosong agar saya mendapat menjadi YB. Kalau tidak percaya apa yang saya tulis ini, sila pergi lawat Kampung Chubadak dekat Sentul di mana tanah yang di teroka oleh Bumiputera berpuluh-puluh tahun dahulu akan dirampas oleh pemaju… opps saya tidak jelas pemaju jenis mana – mungkin Bumiputera atau mungkin dari Nigeria atau mungkin dari gerombolan United Malays National Organisation yang buat ‘joint venture’ dengan gerombolan Malaysian Chinese Association.

Atau sila pergi ke Kampung Berembang di belakang Jalan Ampang – tidak jauh dari KLCC opps…maaf kerana nama ini nama Mat Saleh. Lihat di mana rumah-rumah Bumiputera telah dibumikan. Atau ke Plentong di Johor Bahru. Lihat bumiputera anak beranak ini sedang tidur di atas bumi. Ini bukan statistik. Ini adalah manusia hidup yang boleh kita pegang dan lawan bercakap. Mereka inilah yang tidak termasuk dalam kajian dari pakar-pakar statistik yang asli mahupun dari pakar-pakar statistik ‘cap ayam’.(tt)




TIDAK TEPAT PADA MASANYA -melayau

KUALA LUMPUR 29 Okt. - Biro Ekonomi Pergerakan Pemuda UMNO menyifatkan desakan MCA untuk memansuhkan pemilikan 30 peratus ekuiti bumiputera dalam syarikat senaraian awam sebagai cadangan yang tidak tepat pada masanya.

Pengerusinya, Datuk Reezal Merican Naina Merican menegaskan, tidak wujud keperluan yang sangat mendesak agar perkara-perkara asas seperti itu dibincangkan dalam waktu terdekat.

kah kah kah…. mestilah tak tepat pada masanya…. munkee ni baru jadi penyamun kecil…. kah kah kah… munkee ni nak masa lebih lama keran nak rembat duit KWSP…kah kah kah…

pelik nama munkee ni…. tak macam nama melayu…. tak macam nama bumiputera…. mamak kot…. kah kah kah….MAMAK ? …. mamak lah yang selalu buat kacau…. bukan melayu pun…. suka api-api melayu lawan cina… ini perangai KITUL dalam SEJARAH MELAYU…. cisss…. mamak kamu menyamar naik tongkang datang ke tanah melayu…. Menyamar nak jadi melayu ….kah kah kah…….



PM, TPM HADIRI RUMAH TERBUKA BNBBC - melayau

KUALA LUMPUR 29 Okt. - Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan timbalannya, Datuk Seri Najib Tun Razak malam ini menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri dan Deepavali Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBBC) di DEWAN BANKUET, bangunan Parlimen di sini.

kah kah kah…. BNBBC ni apa?.... kah kah kah…. ini bahasa apa?.....kah kah kah…. kenapa dewan bahasa dan petaka tak nak dakwa?.... kah kah kah…

macam mana terjadi kelab penyokong kerajaan barisan nasional jadi BNBBC …. kah kah kah… patutnya njadi KPKBN… kah kah kah…. woit dewan bahasa dan petaka bila nak saman…. kah kah kah…

dewan BANKUET…. BANKUET???…. kah kah kah… terguling guling dan terbahak-bahak …. kah kah kah…

nak tanya sikit … UNITED MALAYS NATIONAL ORGANISATION ini bahasa apa?....kah kah kah… bahasa melayu ke?.... kah kah kah….



BERITA PALSU LAGI - PENDUDUK RESAH HARGA BARANG DI MELAKA TINGGI - melayau

MELAKA 29 Okt. Para pengguna di bandar ini kecewa dengan harga kebanyakan barangan di pasar raya besar di negeri ini yang masih kekal tinggi walaupun kerajaan telah menurunkan harga minyak tiga kali.

Rata-rata mereka yang ditemui Utusan Malaysia di sini berpendapat, sewajarnya pengumuman harga minyak baru perlu disusuli dengan pengurangan harga barang terutamanya keperluan harian.

Menurut mereka, ini kerana semasa harga minyak dinaikkan pada Jun lalu, ramai peniaga dan pengusaha menjadikannya sebagai alasan untuk menaikkan harga barangan tetapi tidak menurunkannya semula ketika harga minyak turun.


kah kah kah…. ini mesti berita palsu lagi…. berita ini nak burukan mat mongol…. kah kah kah….

macam mana berita ini keluar…. ini mesti fitnah dan tohmah dari blogger… kah kah kah… mat mongol dah kata : EKONOMI MALAYSIA MANTAP, TAK ADA KRISIS….kah kah kah…

siapa punya kerja ni…. siapa buat fitnah ni?.... kah kah kah…. woit ni mesti saiful yang buat cerita…. kah kah kah…. saiful marah tak dapat scholarship….. kah kah kah



Rabu, 29 Oktober 2008

MAHAFIRAUN: UNITED MALAYS NATIONAL ORGANISATION PERLUKAN PENASIHAT BEBAS PULIH PARTY

PETALING JAYA: MAHAFIRAUN , United Malays Natioonal Organisation memerlukan badan penasihat khas yang bebas daripada sebarang kepentingan peribadi jika ingin melakukan perubahan positif.

"Kita perlu ada badan penasihat, tapi badan penasihat itu perlu tidak mempunyai apa-apa kepentingan diri," kata MAHAFIRAUN.

Namun jelas MAHAFIRAUN lagi, jika badan tersebut dipengarahi pihak-pihak tertentu, ia boleh memberi kesan yang tidak baik kepada United Malaysa National Organisation sendiri.

"Kalau jadi badan penasihat tapi guna pengaruh yang ada untuk dapatkan sesuatu, ia akan memberikan konflik dan nasihat yang diberikan itu mungkin tidak baik," kata MAHAFIRAUN.


kah kah kah…. penasihat itu ialah AKU MAHAFIRAUN….. kah kah kah…. AKU MAHAFIRAUN mahu memerintah 1000 tahun lagi…. kah kah kah …. AKU MAHAFIRAUN hendak memastikan FIRAUN KECIL akan jadi MAHAFIRAUN…. kah kah kah…..

yang lain hanya half past six….. kah kah kah…. dan tukang lawak…. kah kah kah… dan sang badut sarkas…. kah kah kah…

what say you bik mama?..... kah kah kah.... opps cakap orang putih pulak... maaf pada dewan bahasa dan petaka..kah kah kah



YOGA PESONG AKIDAH : ZAKARIA – berita hairan

GEORGETOWN: Yoga, sejenis senaman harian yang kebanyakan pergerakannya berdasarkan unsur dalam agama Hindu, dipercayai boleh memesongkan akidah umat Islam jika mengamalkan senaman itu.

Pensyarah Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Zakaria Stapa, menasihati orang Islam yang mengamalkan senaman berkenaan supaya menghentikannya.


kah kah kah…. kah kah kah…. saekor lagi kang kong bersuara…. kah kah kah…terguling guling dan terguling guling … kah kah kah



GUNA BANYAK BAHASA KELIRU PENGGUNA- berita hairan

SEREMBAN: Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) menggesa Kerajaan Pulau Pinang menghormati Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan dalam melaksanakan tambahan bahasa di papan tanda nama jalan di beberapa jalan tertentu di Georgetown.

Pemangku Ketua Pengarahnya, Kamarul Zaman Shaharudin, berkata tindakan kerajaan pimpinan DAP membenarkan tambahan bahasa seperti tulisan Jawi, Tamil dan Cina jelas tidak menghormati Perkara 152 yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan yang jelas menyatakan bahasa Melayu adalah bahasa rasmi dalam semua urusan.

“Pada pandangan DBP, dua bahasa sudah memadai digunakan di setiap papan tanda nama jalan iaitu bahasa Melayu yang sepatutnya difahami setiap warga Malaysia dan bahasa Inggeris untuk pelancong.

kah kah kah…. ini betul-betul munkeee yang makan gaji buta…. woit …. buta ke?...kat simpang jalan maharaja lela depan banguan dewan bahasa pustaka itu ada papan iklan….. buta? … tak nampak ?.... kah kah kah…. bahasa apa tulis?..... gambar betina dan jantan mat saleh kan….. kah kah kah…

ini bahasa dan tanda semiotik ...kah kah kah…. pegi tengok kamus dewan apa makna SEMIOTIK…..kah kah kah munkee ni memang bodoh…. lagi bangang.... depan pejabat sendiri pun tak faham…. kah kah kah

mari sini nak bagi tahu makna bahasa semiotik iklan yang besar tu.... iklan besar itu sedang perli dewan bahasa pustaka…. kah kah kah…. kerana lama dah tido….tak sedar depan tingkap ada bahasa orang putih….kah kah kah…

bujet apa jadi?…. kah kah kah…. kenapa guna bujet dan tidak BELANJAWAN....kah kah kah...takut pada mahafiraun? …kah kah kah…

papan iklan apa jadi ?..... kah kah kah… takut pada boss… kah kah kah

berjuang bahasa melayu…. poraaaah….. tak berani pun nak tukar nama UNITED MALAYS NATIONAL ORGANISATION …. kah kah kah….



ROMPAKAN RM 1.67 BILION DIGAGALKAN


Satu rompakan besar duit rakyat yang telah lama di rancang telah dapat di gagalkan petang tadi.

Rompakan ini telah dirancang dengan licik sekali tetapi masih dapat digagalkan.

Rompakan RM 1.67 bilion ini telah digagalkan oleh rakyat Malaysia. Rakyat Malaysia telah bagun sebaris menentang rompakan Eurokopter EC725.

Minggu lepas satu gerombolan perompak dari kumpulan yang sama telah berjaya merompak Rm5 bilion duit KWSP. Ketika berita ini ditulis orang ramai masih lagi sedang mencari nama-nama perompak yang akan mendapat agihan duit rompakan RM 5 bilion itu.

Rakyat Malaysia di minta berjaga-jaga kerana lanun-lanun dan perompak-perompak ini masih berkeliaran. Perompak ini akan terus beruasaha walau pun kali ini rompakan mereka telah digagalkan.

Rakyat Malaysia wajib berwaspada kerana perompak ini sedang menggunakan nama jalan tulisan Jawi, Cina dan India untuk mengabui mata orang ramai. Rakyat Malaysia juga diingatkan agar berwaspada agar tidak termakan racun perompak ini hingga menjadi lalai.

Perompak ini sedang menimbulkan hal ekuiti harta rompakan mereka yang mereka anggap masih belum mencukupi. Rakyat Malaysia jangan termakan racun ekuiti ini kerana ini ialah sebahagian dari taktik untuk melahirkan sangka buruk antara kita sesama kita. Bila kita bergaduh sesama sendiri maka inilah masa yang terbaik untuk mereka merompak.

Perompak dan penjarah ini memang cekap dalam pengunaan taktik Orang Melayu benci Orang Cina , Orang Melayu benci Orang India dalam usaha rompakan mereka.

Rakyat Malaysia diingatkan agar jangan lupa kepada satu jampi yang cukup mujarab untuk melawan perompak-perompak ini. Jampi ini ialah : Rakyat Bersatu Tidak Akan Di Tipu - ( Laporan Ajensi Berita TT)




PEMILIKAN EKUITI MELAYU HANYA 19 PERATUS - melayau

KUALA LUMPUR 28 Okt. Pencapaian bumiputera dalam pemilikan ekuiti syarikat senaraian awam setakat ini baru mencapai 19 peratus, jauh daripada 30 peratus yang disasarkan sewaktu Dasar Ekonomi Baru (DEB) diperkenalkan kerajaan pada 1970.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Noh Omar berkata, sehubungan itu cadangan agar syarat pemilikan 30 peratus ekuiti bumiputera dalam syarikat senaraian awam dimansuhkan tidak boleh diterima sama sekali.

kah kah kah….. 19 peratus ???…. kah kah kah… bukan semua orang melayu yang dapat…kah kah kah…. kalau ekuiti melayu 30 peratus ke… 40 peratus ke …100 peratus ke…bukan semua melayu dapat…. kah kah kah….jangan nak kelentong…

100 orang melayu boleh milik semua 19 peratus…. nak buat apa pada orang melayu yang lain?.... mereka yang 100 orang itu sahaja yang senang lenang…. anak bini dan menantu dia yang kaya raya… kah kah kah….bukan semua orang melayu yang senang…jangan lah kelentong… kah kah kah

pergi kampung kerinchi tengok….pergi tengok kat pelentong…rumah pun kena rutuh… mereka bukan melayu…. di berembang bukan melayu…. pergi pantai dalam dan lihat orang melayu hidup macam badak …. berasak-asak….kah kah kah…. orang melayu membadak ke hulu membadak kehilir…. kah kah kah…

saje nak pakai nama melayu…kah kah kah…. ni nak kelentong melayu… nak pakai nama melayau ….kerna nak ekuiti melayu …. konon nak bantu melayu…. kah kah kah….

cukuplaaa guna nama melayu….ooops…. nak tanya sikit …. melayu ni termasuk melayu yang hindu di pulau bali tak?... kah kah kah…. termasuk melayu yang kristian di filipina tak…. kah kah..kah…. termasuk melayu yang sembah pokok kayu di hutan tak….kah kah kah…. cakap jawa tu melayu… batak tu melayu… jambi tu melayu… filipina tu melayu…. bali tu melayu…. kah kah kah…. melayu yang ini tak ada ketuanan melayu?... tak masuk kira ekuiti?....kah kah kah..

ayah pin boleh dapat ekuiti tak?..... kah kah kah



HANYA PECAH BELAH MASYARAKAT – melayau

KAPIT 28 Okt. - Tindakan kerajaan Pulau Pinang membenarkan pemasangan papan tanda nama jalan dalam tulisan jawi, Tamil dan Cina di jalan-jalan di Georgetown hanya akan memecahbelahkan masyarakat berbilang kaum di negara ini.

Menteri Penerangan, Datuk Ahmad Shabery Cheek berkata, pembinaan bangsa Malaysia yang dicorak semasa negara mencapai kemerdekaan berdasarkan definisi bangsa yang kekuatannya adalah bahasa Melayu.

Beliau menegaskan, negara kuasa besar seperti Amerika Syarikat dan beberapa negara Eropah tetap menggunakan bahasa Inggeris meskipun negara mereka dikunjungi pelancong dari seluruh dunia.

kah kah kah…. munkee ni bukan saje bodoh bangang pulak…. kah kah kah…. macam mana guna nama jalan ada tulisan jawi, cina dan india boleh memecah belahkan masyarakat….

woit munkee… besok pagi …bila hang naik kereta nak pergi menipu rakyat di angkasapuri tolong buka mata hang…. kah kah kah… jangan tidur … dan lihat kiri kanan…. nampak tak?….kah kah kah… nampak apa?... kah kah kah… hang selama ini buta ke…. papan papan iklan tu… dalam bahasa apa…. bodoh ! bangang ! …. tak nampak… iklan dalam bahasa apa?..... kah kah kah

kalau tak nampak…. pergi dari bilik tidor hang di angkasapuri tu sampai shah alam… lihat kiri kanan…. hang nampak?…. kepala hanguk apa yang hang nampak!…. papan iklan…..kenapa tak bising… kah kah kah…. hang buta ke…. kah kah kah…

hang takut nak besuara?.... kerana towkay iklan marah…. kah kah kah…. munkee ni betul betul ngooooooooooook…. kah kah kah



DUSUN KADAZAN PUN MAHU - malayau

KUALA LUMPUR 28 Okt. Kerajaan Pulau Pinang disaran turut menggunakan tulisan suku kaum lain sekiranya ia mahu menggunakan tulisan jawi, Tamil dan Cina pada papan-papan tanda di tapak warisan dunia di Georgetown.

Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, jika kerajaan negeri itu tidak menggunakan tulisan suku kaum seperti Dayak, Kadazan dan Dusun, pasti komuniti etnik di Malaysia itu juga berasa tidak puas hati dan akan mula mempersoalkan pelbagai perkara lain.

Sebab itulah, katanya, Kerajaan Pusat hanya melaksanakan penggunaan satu bahasa iaitu bahasa Melayu pada papan tanda selama ini.

kah kah kah…. munkeee ni lagi ngoook….kah kah kah…. kalau kadazan nak… bagilaaa… kalau dayak nak bagilaaa…. kah kah kah…. apa salahnya …. ini negara mereka…. gunakanlaaa bahasa mereka di sabah … di serawak….di semenanjung… apa salahnya….

orang sabah dan serawak memang sudah lama tak puas hati…. kah kah kah…. bukan kerana bahasa… kerana balak dan minyak dia kamu yang songlap…. kah kah kah

munkee.... yang kamu belasah tanah orang penan tu apa hal.....kah kah kah



Selasa, 28 Oktober 2008

TERBARU !KERAJAAN PULAU PINANG JANGAN POLITIKKAN BAHASA – SHAFIE - malayau

KUALA LUMPUR 28 Okt. Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal hari ini memberi amaran kepada kerajaan negeri Pulau Pinang supaya jangan mempolitikkan penggunaan bahasa.

Menurut beliau, penggunaan bahasa kebangsaan adalah demi perpaduan rakyat berbilang kaum di negara ini.


kah kah kah…. beri amaran buat apa….. kah kah kah…. rakyat tanya bila nak tukar nama UNITED MALAYS NATIONAL ORGANISATION….. ini bahasa inggeris…. kah kah kah… kenapa tak pakai PEKEMBAR…. kah kah kah… orang putih dah lama pergi….

munkee UNITED MALAYS NATIONAL ORGANISATION ini nama WARISAN penjajah…. kah kah kah…. tak kan nak tunnggu rakyat pulak bagi amaran….kah kah kah



TERKINI !! HOT !! 5 BILION DUIT KWSP DAH MULA HANGUS – The Edge Daily

Bursa Saham Kuala Lumpur jatuh mendadak – turun macam nak gila.

Awal pagi jatuh 21.42 mata atau 2.49%.Pemegang saham semakin tidak yakin dengan keadaan dan dasar ekonomi yang ada sekarang.

Jam 10. pagi Bursa Saham tinggal 806.16 mata – jatuh 52.95 mata atau 6.16%.



5 BILION RINGGIT DUIT KWSP UNTUK SIAPA?

Hari ini telah dipastikan bahawa sistem ekonomi kapitalis neo liberal telah berakhir. Krisis ekonomi yang melanda sistem kapitalis neo liberal ini sedang nazak. Secara bengong hanya Najib Razak sahaja yang cuba menafikannya dan berkata bahawa Malaysia ‘terselamat’.

Dasar Ekonomi Bengong Najib Razak ini akan membawa mudarat yang amat sangat kepada orang ramai. Justeru, mari kita memahami dasar ekonomi bengong Najib Razak.

Langkah akhir Najib – dua hari sebelum meninggalkan Kementerian Pertahanan, Najib Razak telah menanda tangani perjanjian untuk membeli Eurokopter. Helikopter ini berharga 2 bilion ringgit. Negara Brazil telah membeli helikopter yang sama dengan harga 1 bilion ringgit. Apakah Malaysia di tipu 1 bilion ringgit ?

Jawabnya - tidak. Harga helikopter ini sama. Tidak berubah-ubah. Tukang buat dan tukang jual ini tidak menipu. Kita rakyat Malaysia yang kena tipu oleh Najib Razak. Harga ini telah ‘dinaikkan’. Yang membayar nanti ialah kita semua kerana yang membeli helikopter ini ialah keajaan. Kerajaan itu orang ramai. Orang ramai itu ialah kita semua.

Cara ‘menipu’ ini samalah seperti cara Najib Razak membeli jet pejuang Sukhoi dan kapal selam dari Peranchis. Yang berbeza kali ini hanyalah tidak ada perterjemah cun dari Mongolia. Juga kali ini bukan syarikat perunding Razak Baginda yang menjalankan urus jual/beli. Ini kerana Razak Baginda penasihat politik Najib Razak sedang ditahan dalam penjara kerana dituduh terlibat membunuh Altantuya.

Berita masih belum jelas syarikat kroni mana pula yang mendapat komisen 1 bilion ringgit membeli Eurokopter ini.

Dari mana agaknya duit-duit ini akan datang ? Apakah duit ini juga datang dari punca yang sama? Dalam suasana gawat ini banyak persoalan timbul kenapa beli helikopter?

Pertanyaan ini terjawab pantas. Belum pun satu bulan menjadi Menteri Keewangan Najib Razak telah ‘mengsongklap 5 billion ringgit’ duit KWSP. Duit ini ialah duit simpanan kaum buruh dan kaum pekerja. Duit KWSP adalah duit simpanan yang wajib disimpan oleh semua pekerja. Majikan juga diwajibkan menyumbang sama dalam dana KWSP. Duit KWSP ini bertujuan untuk akan digunakan di hari tua – sebagai pencen atau untuk diambil membuat rumah, pergi naik haji dan sebagainya.

Menurut dasar ekonomi bengong Najib Razak duit 5 bilion ringgit ini akan disalurkan kepada syarikat ValueCap Sdn.Berhad. Tujuan penyaluran duit KWSP ini ialah untuk menaikkan harga nilai saham-saham syarikat-syarikat yang dianggap ‘nilai jatuh’.

Persolaan timbul - nilai saham ini rendah ialah kerana orang ramai tidak yakin terhadap syarikat-syarikat ini. Memasukan duit ke dalam syarikat ini tidak akan membawa apa-apa keuntungan. Untuk sementara waktu kemungkinan nilai saham syarikat ini akan naik tetapi akhirnya akan jatuh terlungkup juga.

Apabila saham ini mendapat suntikan 5 bilion ringgit maka nilai saham ini akan naik. Bila nilai saham ini naik maka makin ramai tuan empunya saham akan menjualkan saham mereka kerana ekonomi sedang gawat. Bila saham banyak terjual maka nilai saham ini akan jatuh kembali.

Hanya orang bengong sahaja yang tidak faham bagaimana spekulasi bergerak pantas di Bursa Saham Kuala Lumpur. 5 bilion ringgit ini akan di cekup oleh pemodal besar terutama dari luar negara. Dalam masa yang singkat 5 bilion ringgit ini pasti akan hangus. 5 bilion ringgit ini adalah duit kita semua di judikan di Bursa Saham oleh Najib Razak.

Lihat pula ekonomi kita. Harga bahan bakar petrolium telah jatuh. Ketika menulis ini harga satu tong minyak mentah ialah 62 dolar. Untuk mengeluarkan minyak dari perut laut Petronas memerlukan 60 dolar. Ertinya dalam satu tong kita hanya untung 2 dolar. Jika harga minyak jatuh lagi maka akan tidak berbaloi untuk Petrons mengeluarkan minyak.

Lihat pula harga kelapa sawit. Harganya juga telah jatuh. Pada ketika ini harga satu tan minyak kelapa sawit kurang lebih 1,500 ringgit. Perbelanjaan untuk mendapat satu tan minyak sawit dianggarkan antara 1,200 ke 1,700 ringgit. Dalam masa yang tidak lama kos pengeluaran – baja, buruh, pengangkutan - lebih mahal dari pendapatan.

Justeru, kerana menyedari semua ini Pakatan Rakyat telah meminta agar Balanjawan 2009 di ulang kaji kembali. Belanjawan 2009 yang dibentangkan di Parlimen sekarang berdasarkan harga minyak yang melebihi 100 dolar satu tong dan harga kelapa sawit hampir 3000 ringgit satu tan.

Pendapatan negara yang dijadikan asas Belanjawan 2009 bergantung kepada hasil bahan bakar minyak petrolium dan minyak sawit. Jika harga dua bahan ekspot kita ini jatuh ertinya pendapatan negara jatuh. Justeru Belanjawan 2009 wajib di ulang kaji.

Najib Razak yang menjalankan dasar Ekonomi Bengong telah menolak permintaan Pakatan Rakyat di Parlimen. Apa yang dilakukan oleh Najib Razak ialah ‘mengsongklap duit KWSP.’

Selama lebih dari 30 tahun sistem eknonomi kapitalis neo liberal telah diperkenalkan oleh Amerika Syarikat. Kapitalis neo liberal bermakna – apa yang boleh jual di jual – apa yang boleh beli dibeli. Sistem kapitalis ini telah mengenepikan peranan daulah. Kerajaan TIDAK dibenarkan memiliki hospital, sekolah dan universiti, leterik, sistem pengangkutan, air atau menyediakan subsidi untuk orang ramai. Menurut falsafah neo liberal jika kerajaan campur tangan maka sistem kapitalis akan cacat.

Justeru gerombolan United Malays National Organistion telah turut sama mengamalkan sistem kapitalis neo liberal. Hasilnya – lembaga api leterik dijual pada kroni, lembaga agihan air di jual pada kroni, membuat jalan raya di jual pada kroni, hospital dijual pada kroni. Siapa kroni ini ? Mereka adalah anak beranak dan kaum keluarga gerombolan United Malays National Organisation.

Untuk menipu rakyat maka gerombolan United Malays National Organisation telah mengatakan bahawa ini adalah Dasar Ekonomi Baru untuk menolong orang Melayu. Bila ada kritikan muncul maka gerombolan ini akan berselindung di bawah Perlembagaan dan Hak Keistemewaan Orang Melayu. Jika kritikan datang dari yang Bukan Melayu maka mereka akan mengatakan bahawa orang Bukan Melayu tidak ada hak untuk membincangkan hak keisntemewaan Melayu. Gerombolan ini akan mengancam dengan tindakan undang-undang.

Tingkah laku dan perangai gerombolan United Malays National Organisation ini samalah seperti satu gerombolan perompak selepas melakukan rompakan akan berselindung di Masjid atau di Kuil atau di Gereja. Ini taktik yang telah dilakukan oleh gerombolan United Malays National Organisation berulang-ulang kali.

Dasar Ekonomi Bengong Najib Razak ini akan membawa mudarat yang maha besar kepada kita semua – Melayu dan Bukan Melayu. Ekonomi kapitalis tidak pernah kenal kamu beragama apa, kamu berbangsa apa atau kamu bersembayang dimana. Apabila ekonomi kuncup yang terpukul henat ialah kelas bawahan – kaum pekerja, kaum buruh, kaum tani dan nelayan dipukul hebat. Ramai warga akan hilang pekerjaan dan mata pencarian.

Kita wajib menerima hakikat bahawa Malaysia turut sama mengamalkan sistem ekonomi kapitalis neo liberal. Sistem ini berpusat di Amerika Syarikat. Apabila ekonomi Amerika Syarikat menguncup maka semua ekonomi kapitalis neo liberal dalam dunia ini juga akan menguncup sama.

Justeru Pakatan Rakyat tidak ada pilihan melainkan wajib mengambil alih kerajaan secepat mungkin untuk menyelamatkan negara dari bencana kemelesatan ekonomi. Dasar Ekonomi Bengong Najib Razak wajib diganti secepat mungkin. Malah Najib Razak sendirikan wajib di humbankan ke dalam tong sampah sejarah

Langkah awal ialah konsep KEMBALI KE BUMI. Petanian wajib di jadikan tulang belakang ekonomi Malaysia. Pertanian ini bukan hanya menanam sawit atau getah sahaja tetapi rakyat wajib dibantu untuk menanam tanaman untuk dimakan. Jika ekonomi meleset orang ramai masih ada makanan. Makanan untuk diekspot bukan tujuan utama kerana pasaran makanan dunia juga sedang menguncup. Jika kita dapat mengekspot makanan maka anggaplah ini adalah sebagai bonus.

Kembali Ke Bumi ini bertujuan untuk membeli masa agar kita dapat menyusun kembali struktur ekonomi kita yang selama 30 tahun ini telah di porak perandakan oleh dasar kapitalis neo liberal.

Tidak dapat tidak penstrukturan baru ekonomi yang akan dibawa oleh Pakatan Rakyat tidak akan berpandukan keuntungan maksima atau dasar – apa boleh jual jual – apa boleh beli beli. Struktur ekonomi baru wajib memperlihatkan peranan daulah yang lebih kuat. Wajib diwujudkan garis pemisah untuk memisahkan pengaruh kaum pemodal dari politik negara.

Kuasa kaum pemodal menentukan dasar ekonomi negara adalah dasar neo liberal. Dasar ini sedang terbogel dan terbukti meleset dan gagal. Dasar kapitalis neo liberal ini wajib ditinggalkan. Rakyat dunia memerlukan satu struktur baru yang berasakan kekuatan kaum pekerja, buruh dan tani.




JANGAN PERTIKAI STATUS BAHASA MELAYU – melayau

JIKA sebelum ini status orang Melayu dipertikai dan dikatakan sebagai kaum pendatang, kini bahasa Melayu pula dicabar apabila cuba diganding dan disamaratakan martabatnya dengan bahasa lain di negara ini dengan alasan yang cukup tidak munasabah. Isu yang sensitif sebegini tidak sepatutnya dibangkitkan di kala kita sedang menuju sebuah negara maju dan moden tidak lama lagi.

Keadaan ini secara signifikannya sangat tidak menghormati bahasa kebanggaan rakyat Malaysia dan mencemar semangat Perlembagaan negara kita.

kah kah kah…. mana ada orang pertikai bahasa melayu… tak ade… yang dipertikaikan ialah kenapa guna nama UNITED MALAYS NATIONAL ORGANISATION…. kah kah kah..

Kenapa guna nama KLIA…. kah kah kah

Kenapa guna nama KL CENTRAL… kah kah kah

Kenapa guna nama KLCC…. kah kah kah

Kenapa guna nama PRECINT….kah kah kah

Kenapa guna nama PALACE OF JUSTICE… kah kah kah

Siapa yang tak hormat bahasa kebanngsaan….kah kah kah

cucupakkasim berkata...

tambah satu lagi...
kenapa selalu cakap...PWTC..?

2008 Oktober 28 04:07



UMNO TANJUNG PERSOAL PAPAN TANDA PELBAGAI BAHASA - malayau

PULAU PINANG 27 Okt. - UMNO Bahagian Tanjung hari ini mempersoalkan niat sebenar kerajaan negeri membenarkan pemasangan papan tanda nama jalan dalam tulisan jawi, Tamil dan Cina bagi tujuan warisan di jalan-jalan di Georgetown.

Timbalan Ketuanya, Raja Munir Shah Raja Mustapha berkata, DAP sememangnya sejak dahulu sudah mengetengahkan isu bahasa, jadi kini menjadi persoalan sama ada pemasangan papan tanda jalan itu benar-benar untuk tujuan pelancongan dan bukannya politik.

Tambahnya, usaha terbaru itu juga jelas menunjukkan sikap kerajaan negeri yang hanya tahu membangkitkan isu-isu remeh untuk mengambil hati kaum-kaum tertentu di negeri ini.


kah kah kah…. ini bukan isu remeh…..ini isu bahasa menunjuk bangsa… kah kah kah.... kenapa UNITED MALAYS NATIONAL ORGANISATION TANJUNG tidak ubah nama sendiri…. kah kah kah…. pakailaa PEKEMBAR TANJUNG…. kah kah kah

kah kah kah …pekembar itu bahasa melayu….kah kah kah.... …PERTUBUHAN KEBANGSAAN MELAYU BERSATU….baru cun…kah kah kah …united malays national organisation itu cakap mat saleh….kah kah kah….dah pakai bahasa melayu barulaaa leh komen orang pakai bahasa asing…. kah kah kah…

napa terus guna nama UNITED MALAYS NATIONAL ORGANISATION ?....tidak PEKEMBAR …..kah kah kah



AHLI PEKIDA BERTINDAK JIKA HAK MELAYU, ISLAM DIGANGGU – malayau

KUALA LUMPUR 27 Okt. - Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) mengingatkan semua pihak supaya menjauhi isu-isu sensitif yang boleh merosakkan keharmonian masyarakat.

Pengerusi Majlis Penasihat Ayahanda Pekida Selangor, Azmi Mad Said berkata, perkara pokok dalam Perlembagaan Persekutuan seperti hak keistimewaan Melayu dan agama Islam tidak harus sesekali cuba diubah.

kah kah kah…. tak ade siapa yang akan ganggu hak islam dan melayu…. tak ada siapa yang nak soal Perlembagaan Pesekutuan…. kah kah kah

yang nak digangu dan di lawan ialah hak istemewa gerombolan UNITED MALAYS NATIONAL ORGANISATION….hak kroni…. yang baru ambil 5 billion duit kwsp…kah kah kah

melayu ni melayu termasuk di filipina?.... kah kah kah

melayu ni termasuk melayu di bali?....kah kah kah

melayu ni termasuk yang di batak?....kah kah kah

melayu yang mana?.... kah kah kah



Isnin, 27 Oktober 2008

LAPAN HARI LAGI – BARACK OBAMA

Lapan hari lagi Amerika menyambut kemenangan Barack Obama.
Lapan hari lagi seorang jantan kulit hitam menjadi Presiden Amerika
Lapan hari lagi dunia memperbaharui harapan

Lapan hari lagi dunia akan merayakan demokrasi Amerika

Sebelum lapan hari sampai bezakan Cocoa Cola dengan Pepsi Cola

Sesudah lapan hari nanti perang pasti berterusan di iraq
Sesudah lapan hari 140 buah kem soldadu Amerika diseluruh dunia tidak berganjak
Sesudah lapan hari guantanamo bay masih lagi kamunting

Hitam dan putih
Putih dan hitam
Tidak ada makna
Pepsi Cola dan Coca Cola
Semunya mewakili kaum pemodal

Rakyat dunia ketiga waspadalah
Yang hitam ini lebih ganas menindas yang hitam kerana hitamnya

Melayu waspadalah kerana Ketuanan Melayu lebih ganas menipu kerana melayunya




UCAP SELAMAT MENYAMBUT CAHAYA DEWALI

Rawana melarikan sita
Rama mencari ke seluruh benua
Hutan diredah
Gunung di daki
Lurah di turuni
Laut di renangi
Sita wajib di temui kembali

Maka bertemulah rama dengan rawana
Maka bertemulah rama dengan sita
Maka dewa di langit pun turunlah membawa cahaya
Maka bersinarlah bumi seangkasa

Maka bertempurlah yang baik dengan yang jahat
Bergempita seluruh alam
Langit pecah awan terburai
Gunung runtuh
Lurah terkambus
Sungai muntah
Laut bergelora

Maka dewa dari langit pun turunlah membawa cahaya
Maka bersinarlah bumi seangkasa

Tujuh petala langit
Tujuh petala bumi
Rama memburu rawana
Yang jahat akan dilawan
Yang zalim akan di tentang

Lalu dewa turun dari langit membawa cahaya
Maka bersinarlah bumi seangkasa

Maka dibunuh rawana oleh rama
Maka dibunuh yang jahat oleh yang baik
Maka bertemu kembali rama dan sita

Api pun dibakar menyambut dewa krishna
Api pun dibakar untuk menguji kesetiaan sita
Api kesetiaan membawa cahaya

Hari ini anak semua bangsa menyambut kedatangan cahaya
Hari ini anak semua bangsa besedia melawan jahat angkara
Ucap selamat menyambut cahaya dewali
Ucap selamat makkal sakthi!




SAEKOR LAGI KANG KONG BERSUARA - TAPAK WARISAN HANYA GUNA BAHASA MALAYSIA - malayau

KUALA LUMPUR 26 Okt. - Status Georgetown sebagai tapak warisan dunia tidak sesekali boleh menghalalkan hasrat kerajaan negeri Pulau Pinang untuk memasang papan tanda nama jalan dalam pelbagai bahasa di bandar itu.

Tokoh sejarah dan ahli politik berpendapat, soal bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan tidak boleh digantikan fungsinya bagi kegunaan rasmi kerana ia termaktub dalam akta dan Perlembagaan Persekutuan.

Ahli sejarah, Prof. Datuk Dr. Ramlah Adam berkata, pemberian status warisan sejarah tidak bermakna apa yang berlaku pada masa lalu perlu ditonjolkan semula kerana hari ini prosedur dan perundangan adalah berbeza.

Beliau berkata, apa yang lebih penting kerajaan negeri kena memastikan pemuliharaan tapak-tapak bersejarah di Georgetown agar status tapak warisan terus dapat dipertahankan.

''Kita tidak boleh guna alasan warisan. Kita sudah merdeka 51 tahun, jadi Malaysia ada identiti melalui perundangan. Maka prosedur ini kita kena hormati oleh semua pihak termasuk di peringkat negeri.


kah kah kah…. saekor lagi kang kong bersuara…. kah kah kah…. woit kang kong…. selama ini kamu buta ke nama UNITED MALAYS NATIONAL ORGANISATION itu dalam bahasa apa ?.... kah kah kah…. kenapa kamu tidak berani bersuara…. kah kah kah…

kang kong kamu buta ke nama KL CENTRAL….kah kah kah
kang kong kamu buta nama KLCC…. kah kah kah
kang kong kamu buta ke nama KLIA…. kah kah kah

kenapa kamu tak heboh…. heboh laaa sikit…kah kah kah... loncat loncat lah sikit...kah kah kah

kang kong nak tanya sikit... kenapa nama mahkamah di putrajaya itu PALACE OF JUSTICE bukan ISTANA KEADILAN….. kah kah kah… takut nanti PKR datang duduk di putrajaya???…kah kah kah

KEKALKAN SAINS, MATMETIK DALAM BAHASA INGGERIS - melayau

BANDAR JENGKA 26 Okt. - Kerajaan diminta mengekalkan pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris kerana ia memberi kesan positif terhadap kemajuan negara pada masa akan datang.

Pelbagai pihak yang ditemui di sini berpendapat, langkah mengekalkan pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris adalah relevan dalam melahirkan generasi yang fasih bahasa itu.

Ketua UMNO Cawangan Jengka Satu, Abdullah Ani berkata, penggunaan bahasa Inggeris dalam kedua-dua subjek itu amat perlu kepada pelajar di negara ini.

''Pemansuhan penggunaan bahasa Inggeris dalam pengajaran Sains dan Matematik akan memberi kesan negatif terhadap usaha meningkatkan penguasaan pelajar terhadap bahasa itu.


kah kah kah…. ini berita pelik pulak….. cakap nak guna bahasa melayu… berbuih-buih mulut kang kong bersuara…. ini nak guna bahasa inggeris pulak…. kah kah kah… yang mana satu betul…. kang kong ke atau gerombolan? … kah kah kah




NAJIB MAHU KEKALKAN HUBUNGAN BAIK DENGAN ABDULLAH - malayau

IPOH 26 Okt. - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, beliau akan mengekalkan hubungan baik dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi selepas peralihan kuasa Mac depan.

Timbalan Perdana Menteri berkata, program yang sedang dilaksanakan akan diteruskan termasuk misi nasional, Islam Hadhari dan projek pembangunan koridor.
-

kah kah kah…. bila pulak munkee munkee ini bergaduh…. kah kah kah…ini macam, nak pasang jerat nak tangap munkee yang mana?.... kah kah kah..

islam hadari… kah kah kah… hebat kita akan dapat imam mat mongol…. kah kah kah… kita boleh pergi masid naik eurokopter…. kah kah kah… kita boleh pergi haji naik kapal selam…. kah kah kah…

dan bik mama boleh pergi bershoping ke london naik jet sukhoi…. kah kah kah



SHAHRIR DEDAH TERIMA SMS UGUTAN POLITIK - malayau

JOHOR BAHARU: Ketua Umno Bahagian Johor Baharu, Datuk Shahrir Abdul Samad hari ini mendedahkan bahawa ada pihak menghantar mesej berbau ugutan kepadanya melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) sejak bermulanya mesyuarat perwakilan Umno bahagian dua minggu lepas.

Penghantar mesej itu dengan angkuhnya menurut Shahrir, meminta Umno Bahagian Johor untuk mencalonkan dua ahli politik tertentu bagi merebut jawatan tertinggi parti itu pada pemilihan Mac tahun depan.


"Mesej itu meminta kita menyokong dua tokoh itu...kalau tidak dan jika menang kedua mereka, bahagian Johor Baharu tidak akan disokong, akan ditindas dikenakan tindakan," katanya tanpa menamakan siapakah dua ahli politik yang dimaksudkan itu.

kah kah kah…. gerombolan UNITED MALAYS NATIONAL ORGANISATION dah mula ugut pemimpin…. kah kah kah…. mula-mula bagi duit rasuah…kah kah kah…tak dapat duit rasuah baling kerusi…. kah kah kah…tak cukup duit rasuah ikut macam hindraf … berdemo…. kah kah kah… masih tak cukup duit rasuah hantar ugutan…. kah kah kah…

hidup subcon… kah kah kah….hidup kontrektor bumiputera…. kah kah kah…hidup KETUANAN MELAYU…kah kah kah



Ahad, 26 Oktober 2008

SOALAN PENDEK UNTUK PROFESOR KANG KUNG

Tuan Professor Kang Kong
Datuk Doktor Tan Seri Zainal Keling ( bukan dari India )
Dekan Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya (UM – bukan dari Sintok).

Tuan Kang Kong,

Ramai pembaca Tukar Tiub dan pencinta Bahasa Melayu ingin bertanya beberapa soalan:

Bilakah Tuan Kang Kong hendak mendakwa parti United Malays National Organisation di bawah Akta Hasutan ?

Bukankah nama United Malays National Organisation ini dalam Bahasa Inggeris?



BERITA BAHAYA !!! – RAKYAT PERLU AWAS !! DR. MADEY SYOR KERAJAAN TUBUH KUMPULAN PEMIKIR - b.hairan

LANGKAWI: Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, semalam mencadangkan kepada kerajaan supaya menubuhkan kumpulan pemikir dan pemantau bagi mencari kaedah menyelamat negara daripada menghadapi krisis ekonomi dunia sekarang.

Beliau berkata, kumpulan pemikir itu seharusnya disertai pakar ekonomi dan berbincang serta mengumpul data memberi cadangan penyelesaian kepada kerajaan.

“Kita jangan menganggapkan kesan krisis itu tidak akan melanda negara ini sedangkan banyak negara di dunia terbabit,” katanya pada sidang media selepas memberi ucaptama Persidangan Perkhidmatan Awam di sini.

kah kah kah…. munkee kitol ini nak memerintah lagi…. mat mongol sedang jadi boneka….kah kah kah…. ini rancangan agar munkee kintol untuk jadi pakar rujuk? … bukan pakar rujuk…… munkee ni nak semua kena rujuk pada dia ….. kah kah kah…. panaslaa bontot mat mongol…

kah kah kah…munkee kitol nak pastikan firaun kecil akan jadi mahafiraun…. kah kah kah

tak perlu ada kang kong untuk memikir – minta kang kong dari sintok jawab 3 TEKA TEKI ini dulu.... kalau dapat jawab ekonomi kita akan selamat :

1 – siapa rompak duit KWSP tahun 1997 dulu untuk selamat kan syarikat kapal MISC Mirzan?..... kah kah kah…. Mirzan ni anak siapa?

2 – cuba tanya 2008 ini siapa rompak duit KWSP nak selamat kan bank CIMB? ….. kah kah kah….. CIMB ni siapa di belakangnya … kah kah kah

3 – berapa kilo berat kasut bik mama ?....kah kah kah



KERAJAAN PULAU PINANG LANGGAR SEMANGAT PERLEMBAGAAN - melayau

KUALA LUMPUR 25 Okt. Kerajaan Persekutuan digesa menimbangkan untuk membawa kerajaan negeri Pulau Pinang ke muka pengadilan kerana membenarkan pemasangan papan tanda nama jalan dalam pelbagai bahasa di kawasan tapak warisan di Georgetown.

Dekan Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya (UM), Prof. Datuk Dr. Zainal Kling berkata, kerajaan negeri itu perlu dikenakan tindakan di bawah Akta Hasutan kerana secara terang-terangan melanggar semangat perlembagaan dan undang-undang negara.

Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa Kerja Gabungan Penulis Nasional (Gapena) berkata, undang-undang dan perlembagaan meletakkan Bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan dan bahasa-bahasa lain boleh digunakan dan dipelajari bukan secara rasmi oleh individu dan kaum-kaum.


kah kah kah….. nak tanya sikit kang kong ni... di KLIA tu ada banyak bahasa …. ada guna bahasa mandrin… ada guna bahasa peranchis…. ada guna arab… ada guna bahasa inggris… tak nak saman ke…. kah kah kah…

nama KLIA ni cakap bahasa apa ni…. kah kah kah…. KLCC tu bahasa apa?...kah kah kah ….PRECINT di putra jaya tu bahasa apa… kah kah kah…. KL CENTRAL tu cakap bahasa apa….. kah kah kah… tak nak di bawa ke pengadilan ke….kah kah kah

dalam drama melayu rtm tu ada cakap… you… i…. so… tu cakap rojak apa…. tak melanggar perlembagaan ke ?.... kah kah kah

memang laaa guna banyak bahasa kerana ramai orang luar nak baca….. kang kong betul laaa…. ni mesti kang kong lulusan sintok.... kah kah kah...

nak tanya sikit..... betul ke kang kong ni melayu…. nama pun suspek sikit macam dari india.... kah kah kah… jangan jangan kang kong ni juga macam madey kitul nak buat kacau…. kah kah kah

gapena??? benda apa gapena ni??…. kah kah kah… gapena ada kedai gunting rambut… gapena ada kedai mesin jahit…kah kah kah…persatuan jenis penulis apa ada kedai sewa …. kah kah kah… nak menulis … menulis aje laaaa… tulis buku …. tulis nobel…. persatuan nak buat apa…. nak ampu bodek….kah kah kah…

napa tak lawan masa madey suruh buat maths dan sains dalam bahasa inggeris…. kah kah kah kah…. kecut telok… kah kah kah




PENJAWAT AWAM PERLU KUASI BAHASA INGGERIS - malayau

LANGKAWI 25 Okt. - Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, penjawat awam harus menguasai bahasa Inggeris dengan berkesan supaya mereka dapat membantu memakmurkan negara di samping menguasai bidang tertentu terutama sains dan teknologi.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, bahasa Inggeris merupakan satu bahasa yang cukup penting kepada penjawat awam dan swasta yang mahu mendapatkan ilmu dalam dunia berteraskan teknologi maklumat (IT).


kah kah kah… mister kang kong… please read this news… a great intrest of yours… could you take this nandek to court…. kah kah kah… I’m sure your telo is kecut mecut….and your pito jadi kulup…. kah kah kah

mister gapena what about maths and science…kah kah kah…. you didn’t say nothing when this kitul change the silly bus …. kah kah kah…. did your telo kecut too… kah kah kah… and your pito went missing…. kah kah kah… oops I m sorry for not using bahasa ….kah kah kah

I just came from KLIA and stopped at KL CENTRAL on my way to KLCC and hopefully to visit PRECINT 7 at putra jaya…. I hope you studied maths and science in english and have a Brits sense of humour or you are toooooo kang kong….kah kah kah



TETAP TAWAR TANDING PRESIDEN - melayau

GUA MUSANG 25 Okt. Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah tetap dengan pendiriannya untuk menawarkan diri bertanding jawatan Presiden UMNO walaupun sehingga kini beliau masih belum mendapat sebarang pencalonan.

Tengku Razaleigh berkata, pada masa ini kira-kira dua per tiga daripada 191 bahagian UMNO belum mengadakan mesyuarat dan beliau percaya peluangnya untuk bertanding jawatan berkenaan masih ada.

Ini bukan satu pertandingan... saya hanya menawarkan diri, terpulang kepada perwakilan untuk memilih. Perwakilan jangan takut untuk membuat keputusan kerana ini akan menentukan masa depan parti
.

kah kah kah…. ampun patik tuaku…. kah kah kah….ambo nak royak sikit…. ada peluang ke???…. kah kah kah…. patik kesian dulu kena tipu oleh mat mogol… kemudian kena tipu madey…. ni sapa pulak yang tipu tuanku…katakan tuanku leh menang.... kah kah kah

ni macam cerita siput dan lawan lumba lari dengan arnab…. kah kah kah…. siput menang akhirnya.... itu kerana siput banyak dalam sungai…. tapi kesian…. tuaku tak ada sapa... tuanku sorang....tak de sapa pun nak calon ….kah kah kah

tuanku sorang aje nak lawan mat mongo…. kesian kesian kesian…kah kah kah… kenapa tuanku tak nak masuk PAKATAN…. sudah pasti tuanku disambut dengan kompang…. hanya satu syarat dari PAKATAN…. syarat ini bukan susah…. Syarat ini cukup seanag…. Syaratnya jangan bawa KATAK …. kah kah kah



MESYUARAT WANITA PASIR MAS KECOH -malayau

PASIR MAS 25 Okt. - Mesyuarat perwakilan Wanita UMNO Bahagian Pasir Mas di sini hari ini berlangsung dalam suasana tegang berikutan tindakan kira-kira 30 ahlinya mengadakan TUNJUK PERASAAN menuntut supaya mesyuarat itu dibatalkan.

Sebagai persediaan bagi mengelak keadaan menjadi lebih serius dan bagi melancarkan perjalanan, khidmat Ikatan Relawan Rakyat (Rela) telah dipanggil sebagai pengawal di pintu masuk dewan tempat mesyuarat itu diadakan untuk menghalang kehadiran kumpulan itu
.

kah kah kah…. TUNJUK PERASAAN?… kah kah kah…. ini bukan budaya kita… kah kah kah…. ini budaya barat… kah kah kah… tunjuk perasaan… kah kah kah … ini budaya reformasi…kah kah kah tunjuk perasaan?... ini budaya hindraf…. kah kah kah…

selamat datang ke budaya reformasi….kah kah kah



Sabtu, 25 Oktober 2008

BPR TELITI LAPORAN BELI EUROKOPTER – b.hairan

KUALA LUMPUR: Badan Pencegah Rasuah (BPR), akan meneliti laporan berhubung dakwaan berlaku penyelewengan dalam proses pembelian helikopter Eurocopter EC-725 bernilai RM2.3 bilion bagi menggantikan pesawat Nuri untuk kegunaan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Pengarah Siasatan BPR, Datuk Shukri Abdull, berkata mengikut prosedur, laporan yang diterima berhubung perkara itu semalam di Ibu Pejabat BPR di Putrajaya akan dikaji bagi menentukan kesahihannya.

"Semua maklumat dan dokumen yang dikemukakan pengadu akan diteliti secara terperinci sebelum BPR memutuskan sama ada akan membuka kertas siasatan berhubung perkara itu," katanya ketika dihubungi di sini, semalam
.

kah kah kah…… hahahhahah….. semua orang tahu…. tak payah siasat kerana orang ramai dah tahu apa yang akan berlaku… kah kah kah

bpr akan akan mengeluarkan kenyataan : BPR SATELAH MENELITI DAN MENYIASAT MENDAPATI TIDAK ADA SALAH LAKU…. HANYA BEBERAPA URUSAN TEKNIKAL YANG DIDAPATI TIDAK MENGIKUT PERATURAN CONTONNYA KETIKA MENSYUARAT PERJANJIAN INI DIBUAT MILO ICE DAN CHEESE CAKE TELAH DIHIDANGKAN. INI MELANGGAR GENERAL ORDER NO 7 YANG HANYA MELULUSKAN TEH TARIK DAN KUEH TEMPATAN….kah kah kah



EKONOMI ISU UTAMA RAIH SOKONGAN RAKYAT – b.hairan

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak semalam berkata, ekonomi ialah antara isu utama bagi mendapatkan sokongan rakyat, selain menyatukan Umno.

Timbalan Perdana Menteri berkata, pada penilaiannya, faktor ekonomi ialah antara isu utama dan beliau berpendapat rakyat mengharapkan kepada kerajaan untuk memberikan kepemimpinan.

kah kah kah…. hairan mat mongol ni…. mana dia tahu hal ekonomi…. kah kah kah …sapa bagi tahu dia?..... kah kah kah…. bukan ekonomilaaa bodoh …. SENJATA… kapal selam…helikopter….jet pejuang….kah kah kah…

rakyat nak senjata….pak cik kedah nak pergi ke sawah naik heli…. kah kah kah…. abang felda nak potong sawit dengan M16….kah kah kah…. nelayan nak pergi tangkap ikan naik kapal selam….. kah kah kah…

bik mama nak shopping ke london…. nak cepat naik jet sukhoi ….kah kah kah




SKANDAL EUROCOPTER : NAJIB DIGESA DIGANTUNG TUGAS

Pemuda Pakatan Rakyat (Pemuda PR) yang dianggotai oleh Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK), Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) dan Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) telah mengambil langkah untuk mengemukakan laporan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) hari ini untuk mengemukakan beberapa fakta di sebalik skandal pembelian Eurocopter oleh Kementerian Pertahanan yang melibatkan RM2.317 billion.

Ini adalah tindakan susulan Pemuda PR setelah laporan polis yang dikemukakan oleh Timbalan Ketua AMK, Fariz Musa pada 20hb Oktober 2008 lepas.

Pemuda PR melihat penyelewengan wang rakyat sudah sampai ke satu tahap yang sangat parah, dalam keadaan ketidaktentuan ekonomi dunia masa kini sangat membimbangkan. Apatah lagi Malaysia sendiri turut terkesan dengan keadaan ini dan sangat memerlukan ketelitian kepimpinan negara khususnya Umno-BN mengendalikan sebarang entuk perbelanjaan yang melibatkan wang rakyat dalam jumlah yang banyak.

Skandal ini sangat serius, dalam keadaan ianya melibatkan RM2.317 billion yang seandainya diagihkan kepada 48,134 rakyat tegar seluruh negara, pastinya ianya boleh menghapuskan kemiskinan tegar di Malaysia.

Jumlah yang sama juga boleh diperuntukkan untuk membina lebih daripada 100 buah sekolah dan pastinya ini boleh memperbaiki masa depan anak-anak bangsa khususnya di luar bandar.

Tetapi sayang, di bawah kepimpinan Umno-BN, jumlah RM 2.317 billion ini hanya diperuntukkan untuk membeli 12 buah helicopter yang mana dengan jumlah yang sama, India mampu membeli lebih daripada helikopter daripada jenis yang sama dan Brazil juga membeli hampir 50 buah helikopter pada jumlah yang sama.

Juster, Pemuda PR berharap agar BPR tidak selektif di dalam hal ini dengan membuka kertas siasatan dengan segera untuk menyiasat skandal ini.

Pemuda PR juga menggesa agar Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menggantung tugas Najib selaku mantan Menteri Pertahanan yang bertanggungjawab meluluskan pembelian Eurocopter ini sehinggalah siasatan dan pendakwaan dilakukan, sekiranya ada.

Sudah sampai masanya institusi polis, BPR dan pastinya Perdana Menteri meletakkan kepentingan rakyat terbanyak sebagai agenda utama demi memastikan setiap sen dan ringgit wang rakyat tidak disalahgunakan oleh individu yang berselindung di balik slogan 'Ubah Gaya Hidup'.

Shamsul Iskandar Mohd Akin
Ketua Angkatan Muda Keadilan Malaysia

YB Salahuddin Ayub
Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat

YB Anthony Loke Siew Fook (DAPSY)
Setiausaha Pemuda Sosialis DAP




MB SERAH BPR SIASAT BEKAS TIMBALAN NAIB CANSELOR - malayau

SHAH ALAM 24 Okt. - Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyerahkan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) untuk menyiasat bekas Timbalan Naib Canselor sebuah universiti yang didakwa meniru tanda tangan untuk menyambung kontrak perkhidmatannya.

Beliau berkata, adalah tidak adil baginya untuk membuat sebarang ulasan atau mengadili perkara itu.

"Biarlah BPR saja yang menyiasat perkara ini termasuk mengambil tindakan jika ada bukti kukuh," katanya kepada pemberita selepas Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini


kah kah kah…. kang kong betul betul kang kong yang ini …. kah kah kah…. mana punya sintok kang kong ni… ini mesti timbalan naib canselor dari ketua cawangan gerombolan….. kah kah kah….

hebat…. Terjamin seratus peratus ini mesti kang kong bumiputera…. kah kah kah…. suruh belajar malas…. suruh buat buku tak tahu menulis… dapat ijazah dari internet…. kah kah kah…dapat jadi professor kerana jadi ketua cawangan….kah kah kah

hebat timbalan naik canselor ini……. agaknya univeriti mana? ..oxford?…uitm?.. ..yale ?....sintuk?...havard?..... atau universiti bangsar utama?.... kah kah kah…

mana punya universiti bumiputera ni…..kalau timbalan naib canselor bolih menipu bayangkan…. pensyarah pun mesti kaki kelentong…. kah kah kah…. hidup ketuanan melayu….kah kah kah…



KE MANA HILANGNYA YB RABA RABA BONTOT

YB Raba Raba Bontot telah lama tidak kedengaran suaranya. Semenjak berlakunya kes raba-raba bontot di sebuah hotel di KL Sentral YB Raba Raba bontot kita ini senyap tidak bersuara. Apakah kesenyapan ini kerana kesa raba raba bontot.

Hari ini di Parlimen yang sedang bersidang dan membahaskan belanjawan negara telah sampai satu berita dimana YB Raba Raba Bontot telah muncul kembali untuk bersuara.

Selamat datang YB Raba Raba Bontot.



Jumaat, 24 Oktober 2008

TERBARU - BERITA PALSU - 24-10-2008: SAHAM MALAYSIA JATUH EKONOMI DUNIA KUNCUP – The Edge Daily

KUALA LUMPUR: Saham-saham Malaysia terus jatuh kerana tekanan penjualan saham yang banyak. Adalah bukan rashia lagi bahawa krisis kecairan mata wang di Amerika Syarikat dan Malaysia telah merebak ke seluruh dunia.

Pada jam 9.45 pagi tadi Indek Komposit Bursa Saham Kuala Lumpur telah jatuh 14.04 mata atau 1.58%, kepada 877.28 mata.

Inilah pertama kali patukan jatuh ke bawah para 900 mata semenjak June 2006.


kah kah kah….. satu lagi fitnah internet….. kah kah kah….satu lagi berita palsu…. laman web ini tak tahu ke najib pernah cakap : EKONOMI MALAYSIA MANTAP – TIDAK ADA KRISIS EKONOMI …..kah kah kah kah

laman web ni mesti ada ajenda pihak-pihak tertentu keluarkan berita palsu….. kah kah kah…. atau bursa saham ni ada ajenda…. kah kah kah…. atau pemilik saham ada ajenda?... kah kah kah

pemilik saham memang ada ajenda… mereka nak cabut lepas dapat 5 bilion……kah kah kah



PANAS !!! KESATUAN BURUH BANTAH 5 BILION – Malaysia Insider

Kesatuan Buruh MTUC telah membatah pengambilan 5 bilion ringgit duit EPF oleh Najib Razak.

Duit EPF atau KWSP ialah duit pencen orang ramai untuk hari-hari tua. MTUC membantah kerana sebagai kesatuan buruh seramai 500,000 ahli kesatuan adalah pencarum untuk KWSP. Ertinya duit EPF adalah duit titik peluh buruh yang sedang di rembat.

Duit ini telah diambil oleh Najib Razak untuk ‘bail-out’ beberapa syarikat yang nilainya ‘malap’. Tidak pula di ketahui syarikat mana yang akan ‘dibail-out’.

“Bail-out’ ini adalah perangai yang sama seperti yang telah dilakukan oleh Mahathir Muhamad ketika hendak menyelamatkan MISC – syarikat yang di miliki oleh anaknya ketika krisis ekonomi tahun 1997 dahulu.

Duit 5 bilion ini akan diberikan kepada syarikat ValueCap Sdn.Bhd untuk bermain saham di bursa saham Kuala Lumpur yang sedang jatuh.

MTUC telah berkata – EPF menjaga duit orang ramai dan BUKAN MESIN ATM UNTUK KERAJAAN – untuk tolong syarikat yang nilainya merosot.

Kenyataan MTUC telah juga bertanya ‘ Ini duit titik peluh buruh untuk masa hari tua. Bagaimana rancangan ‘bail-out’ ini akan membantu kaum buruh?’





SATU LAGI FITNAH - 50,000 KAKITANGAN AWAM KONTRAK MUNGKIN DIBERHENTIKAN - malayu

KUALA LUMPUR 23 Okt. Kira-kira 50,000 kakitangan awam yang berkhidmat secara kontrak mungkin ditamatkan perkhidmatan mereka menjelang akhir tahun ini berikutan kekangan kewangan kerajaan, kata Presiden Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Omar Osman.

Mereka adalah kakitangan yang kontrak disambungkan dari setahun ke setahun, yang berkhidmat di semua jabatan dan kementerian di seluruh negara dan tidak menikmati kemudahan seperti yang diterima kakitangan awam tetap, tetapi melakukan tugas yang sama.

Omar memberitahu Bernama, Cuepacs tidak boleh menerima alasan kekangan kewangan, kerana kerajaan masih mampu mengekalkan perkhidmatan golongan ini


kah kah kah…. satu lagi fitnah…. satu lagi berita tipu… satu lagi berita nak burukkan mat mongol….. kah kah kah…..sapa punya kerja ni…. kah kah kah....siapa yang buat berita ini?....kah kah kah…

berapa kali mat mongol dah cakap…..EKONOMI MALAYSIA MANTAP…. TAK ADA MASAALAH EKONOMI….. kah kah kah…. berita 50,000 akan hilang kerja ni semua tipu…. kah kah kah

tajuk berita sepatutnya BUKAN 50,000 hilang kerja tapi ada 50,000 KERJA KOSONG…. kah kah kah…. ni baru betul ….ada 50,000 kerja kosong kerana sudah ada 50,000 orang tak buat kerja….. kah kah kah…..



NEGARA EROPAH DAN ASIA BODOH TAK IKUT VALUECAP MALAYSIA –ajensi berita

Asia set the mood for early trading in Europe today. In Japan, the Nikkei was driven down by 7% at one stage this morning in a burst of selling, hitting its lowest point since May 2003. It struggled back in late trading, closing 213 points or 2.5% lower at 8460.98.

After the Japanese market closed, Sony admitted annual profits would be less than half its previous forecast, at ¥210bn (£1.3bn) down from ¥460bn. It said the strengthening yen had damaged exports, particularly of electronic devices and its PlayStation3 console and games, and also predicted lower sales of televisions, digital cameras and video cameras as the world economy slowed.

The picture was also gloomy in South Korea, where the $130bn (£79.8bn) banking bail-out announced last week has not appeared to have restored confidence.


kah kah kah…. negara lain semua bodoh dan bangang…. bengong dan tolol….napa tak ikut cara malaysia…kah kah kah…napa tak ada orang lain kecuali munkee mongol yang boleh buat valuecap….. kah kah kah….

tu pasal saham negara lain jatuh terburai ...kah kah kah…. MALAYSIA EKONOMI MANTAP…. kah kah kah…semua fundumental kuat…. Apa fudu yang mental ni gua tak tahu…. yang gua tahu FUDU MENTAL ekonomi malaysia kuat….kah kah kah



PENANUGERAHAN DARJAH DATUK SHAH RUKH KHAN DISIAR SECARA LANGSUNG DI TV - malayau

KUALA LUMPUR 23 Okt. - Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam mengesahkan pelakon terkenal Bollywood, Shah Rukh Khan akan tiba di Melaka pada 29 November depan untuk menerima Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) yang membawa gelaran Datuk.

Penganugerahan darjah tersebut akan disempurnakan oleh Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd. Khalil Yaakob sempena sambutan ulang tahunnya yang ke-70 pada 11 Oktober lalu.


kah kah kah…… berita hebat …. sidang parliamen pun tak ada siaran langsung… raja-raja melayu bersidang pun tak ada siaran langsung….kah kah kah

hari keputeraan sultan pahang hari ini pun tak ada siaran langsung….kah kah kah

untuk munkee dari bombai ni… ada siaran langsung….kah kah kah…. mana lebih hebat sultan atau munkee bombai….kah kah kah

tapi ada nilai ke datuk melaka?…. kah kah kah…. berapa agaknya harga gelaran datuk kalau nak beli? …kah kah kah …. berapa sekilo harganya?....kah kah kah



Khamis, 23 Oktober 2008

BERITA BOHONG DAN FITNAH DAN TIPU

BURSA SAHAM JATUH DI BAWAH 900 ke 886.67 mata.

KLCI falls below 900 points as Asian markets tumble
by Surin Murugiah 23 Oct 2008 - THE EDGE DAILY

PETALING JAYA: The Kuala Lumpur Composite Index fell 1.95%, or 17.61 points, to 886.67 points at midday as Asian markets across the region extended their losses following the overnight fall at Wall Street and other ma


kah kah kah…. ini mesti berita bohong…. tak betul … tipu...fitnah…. kan menteri keewangan dah cakap EKONOMI MALAYSIA MANTAP DAN TIDAK TERJEJAS….. kah kah kah



TERKINI DARI PLENTONG JB – Berita jam 4.30 PETANG

Satu TUNJUK PERASAAN akan diadakan untuk membantah perobohan dan penyeksaan warga kota penduduk Kg. Baru Plentong Tengah.

Tunjuk perasaan ini akan di adakan di BUKIT TIMBALAN JOHOR BAHRU sesudah sembahyang Jumaat esok – 24/10/2008. Berkumpul di sana.

Semua warga yang bersimpati di jemput merayakan perjuangan penduduk miskin kota. Penduduk Plentong meminta sokongan padu dan bantuan. Rumah mereka sudah roboh. Hujan mencurah basah. Mereka menuntut keadilan.Tidak sanggut berlenjan mengigil dan ditipu.

Tapak tanah mereka untuk towkay dari mana? Singapura?

Untuk maklumat lanjut sila hubungi: 019-771- 40 - 55




TASIK UTARA- PLENTONG 1974 - 2008


KAMI PEMBELI TIDAK BOLEH BERSABAR LAGI - PEMBELI

TAK PUAS HATI... Pembeli rumah La Cottage Putra Perdana, Puchong menyuarakan rasa marah kepada pemaju menerusi kain rentang baru-baru ini.

PUCHONG 20 Okt. - "Bukan mahu melancarkan perang dengan pemaju tetapi kami sudah tidak mampu bersabar lagi. Sudah lima tahun kami tunggu rumah kami siap," luah pembeli La Cottage Putra Perdana ketika ditemui.

Mereka amat berharap pemaju dapat menunaikan permintaan mereka supaya menyiapkan projek pembinaan rumah dua tingkat dan dua setengah tingkat tersebut seperti yang telah dijanjikan.

PEMBELI HILANG SABAR

PUCHONG 20 Okt. - Masalah rumah terbengkalai bukan lagi satu isu baru, malah ia tidak lagi menjadi isu yang dikejar- kejar sama ada media cetak mahupun media elektronik.

Namun, jalan penyelesaian muktamad kepada isu tersebut tidak pernah dapat dicapai menyebabkan banyak projek terbengkalai terus terbengkalai sehingga bertahun-tahun lamanya.

Bagi pihak pembeli pula, kesabaran mereka akhirnya sampai ke kemuncaknya dan mereka mula membentuk jawatankuasa untuk menuntut hak mereka. – UTUSAN MALAYSIA


TASIK UTARA- PLENTONG 1974 - 2008

PUTAR KEBELAKANG - Pada September 1974 lebih kurang satu bulan sesudah Barisan Nasional mendapat kemenangan besar maka Kampung Barisan Nasional di Tasik Utara pun diruntuhkan. Ini berlaku dalam bulan puasa. Ramai di tangkap. Para peneroka bandar ( ketika itu hanya dipanggil setinggan dan penduduk rumah haram ), mahasiswa dari Universiti Malaya dan University Singapura telah juga di tangkap. Saya di tahan remand satu minggu. Berpuasa di penjara Air Molek.

MAJU KE HADAPAN – Pada bulan Oktober 2008 – Kg. Baru Plentong di robohkan. Ini berlaku sesudah hari raya. Penangkapan berlaku. Seramai 27 penerok bandar telah di tahan. Kali ini Akta Keselamatan Dalam Negeri/ISA telah di gunakan.

Hampir 35 tahun kes Tasik Utara masih TIDAK dapat diselesaikan. Pada tahun 1997 saya ada melawat Tasik Utara – kawasan tempur anak-anak muda, setinggan dan mahasiswa. Kawasan ini telah menjadi padang golf dan sebahagian menjadi tempat stesen radio dan sebahagian menjadi kawasan perumahan mewah.

Dimana perginya penduduk asal Tasik Utara? Ketika saya menulis ini mereka masih lagi tinggal di RUMAH PANJANG. Tiga puluh lima tahun tidak dapat diselesaikan. Hairan. Jangan Hairan. Ini hakikat dasar perumahan gerombolan United Malays National Organisation.

Perumahan masih dilihat sebagai satu masalaah yang tidak selesai-selesai. Sebenarnya bukan susah untuk menyelesaikan hal perumahan warga negara. Banyak negara dalam dunia ini, yang warganya lebih ramai dari kita telah dapat menyelesaikan agenda perumahan untuk warga mereka.

Singapura 40 tahun dahulu penuh dengan peneroka bandar. Hari ini semua warga Singapura telah mendapat tempat tinggal. Apa telah dilakukan ialah – kerajaan sendiri menjadi pemaju perumahan. Singapore Housing Development Board (HDB) telah membeli tanah-tanah dan mendirikan rumah-rumah untuk disewa. HDB menjadi tuan rumah yang terbesar – pemilik dan pemungut sewa rumah.

Pengalaman Singapura ini bukan unik dan asing. Di Belanda, di United Kingdom dan di banyak negara-negara Eropah syarikat yang dimiliki kerajaan telah menjadi pembina dan pemilik rumah-rumah. Malah di Belanda hampir setengah dari warga adalah penyewa rumah-rumah yang dimiliki kerajaan.

Kalau di United Kingdom - dalam pusat kota London itu sendiri kebanyakan rumah- rumah adalah milik majlis tempatan. Majlis tempatan bertanggung jawab mendirikan rumah-rumah dan menyewakan rumah-rumah ini untuk kediaman warga di kawasan majlis bandaran. Sebagai contoh – Majlis Perbandaran Petaling Jaya akan membangunkan kawasan-kawan perumahan di wilayah Petaling Jaya. Sesiapa yang menduduki wilayah PJ akan dapat menyewa rumah-rumah ini dari MPPJ.

Dengan dasar - RUMAH UNTUK YANG TIDAK BERUMAH - masalah perumahan dapat diselesaikan. Tanggung jawab kerajaan yang dilantik ialah untuk merumahkan warga dan bukan mencari keuntungan dengan menyusahkan rakyat dengan tangkapan kalau mereka tidak berumah.

Dasar Rumah Untuk Yang Tidak Berumah adalah satu dasar kebajikan. Ini tidak dijalan oleh Barisan Nasional. Semenjak di zaman kerajaan Perikatan hingga ke hari ini, Barisan Nasional - parti yang memerintah - telah tidak meletakkan kebajikan ramai sebagai pedoman induk. Kebajikan ramai bukan dasar Barisan Nasional. Dasar gerombolan ini ialah keuntungan untuk pemaju.

Dasar perumahan Barisan Nasional bukan untuk kebajikan rakyat tetapi untuk membantu syarikat pemaju perumahan. Tanah-tanah yang telah di teroka rakyat semenjak belum wujud Malaya/Malaysia lagi kini di rampas. Kes yang amat jelas berlaku di Berembang. Penduduk-penduduk telah tinggal di sini lebih dari 40 tahun. Mereka adalah peneroka asal kawasan ini.

Lihat apa yang terjadi. Gerombolan United Malays National Organisation telah bersekongkol dengan pemaju untuk merampas dan menghalau penduduk kampong Berembang. Kes seperti ini bukan satu yang baru. Kalau tahun 1974 dahulu berlaku di Tasik Utara, hingga ke hari ini ianya terus menerus berlaku- di Berembang, di Chu Badak, di Kampung Pasir. Ini hanyalah nama-nama kampung yang dirobohkan yang kita ketahui kerana di sekitar Kuala Lumpur. Bagaimana di Ipoh,di Pulau Pinang, di Seremban dan sebagainya yang jauh dari rada mata kepala para aktivis dan Ngo. Berapa banyak agaknya?

Barisan Nasional dan gerombolan United Malays National Organisation TIDAK memiliki dasar perumahan yang tepat. Dasar yang di ajukan bertujuan untuk memperkaya kaum pemodal dan kaum pemaju. Lihat apa yang terjadi dengan rumah flet di Jalan Pekeliling. Kawasan perumahan rakyat ini di ambil kembali kerana ada towkay besar yang inginkan tapak perumahan ini.

Cara rompakan ini cukup senang: Seorang Towkay telah kowtim dengan seorang gedebe gerombolan United Malays National Organisation. Mereka membuat apa yang mereka panggil ‘joint-venture’. Towkay Cina mengeluarkan wang. Gedebe Melayu tidak ada modal kecuali air liur basinya. Lalu tuan punya air liur basi ini akan jumpa menteri itu dan menteri ini.

Mungkin saham di janjikan. Mungkin kondo akan di janjikan. Mungkin betina akan di janjikan. Duit jangan kiralaaa….semua masyuuk. Si menteri akan mendapat habuan. Untuk meluluskan perampasan tanah ini si Menteri pula akan mengatakan bahawa sebahagian dari duit ‘ soru ‘ ini akan dimasukan kepada dana parti gerombolan United Malays National Organisation.

Jika tidak yakin mondus operandi yang saya tulis ini sila perhatikan dengan rapi siapa di belakang syarikat-syarikat yang merompak harta rakyat ini. Pasti ada nama towkay Cina dan mesti ada nama Melayu. Pasti ada nama Datuk atau Tan Sri. Dan yang lebih afdal lagi kalau ada nama pengarah syarikat yang bermula dengan Haji. ( Jangan lupa bagaimana Tabung Haji telah bersama-sama campur tangan untuk merompak tanah rakyat di Pusing Ipoh? Rompakan ini dilawan rakyat kerana bahaya radio active? Lupa? Jangan jadi Melayu mudah lupa tetapi jadilah Melayu yang perkasa.)

Lihat pula berapa banyak projek perumahan swasta yang TERBENGKALAI. Dimana-mana kita akan ternampak rumah-rumah yang tidak siap. Berapa ramai rakyat yang telah ditipu. Berapa banyak orang ramai yang terhutang. Warga yang tertipu ini buat laporan polis – sampai kiamat pun tidak ada siasatan diambil. Kerana apa ? Kerana ada kerjasama pemaju dengan pihak polis dan gerombolan United Malays National Organisation.

Akhirnya kerajaan terpaksa datang menyelamatkan projek perumahan tebengkalai. Ini satu kerja yang bodoh. Kenapa dari awal lagi rancangan perumahan ini tidak dijalankan oleh kerajaan sendiri. Kerajaan seharuasnya menjadi pemaju, pemilik dan tuan memberi sewa.

Masalah perumahan dalam negara ini akan terus berlanjutan selagi Barisan Nasional tidak digantikan. Justeru, Pakatan Rakyat perlu besedia dengan DASAR PERUMAHAN RAKYAT yang jelas. Dasar buat/jual/beli rumah untuk buat untung wajib di tinggalkan. Membuat rumah adalah untuk kebajikan bukan untuk mengaut untung.

Kalau Pakatan Rakyat menentang ISA kerana ini hak asasi maka RUMAH juga adalah HAK ASASI. SATU KELUARGA SATU RUMAH WAJIB DIJADIKAN DASAR. Tinggal dengan selesa wajib di jadikan dasar. Bukan hidup berasak-asak seperti di Pantai Dalam. Ini bukan hidup selesa. Itu samalah seperti hidup dalam kandang kerbau. Kerbau sendiri pun akan marah kalau kandang terlalu kecil.

Kerajaan Pakatan Rakyat yang akan ditubuhkan tidak lama nanti wajib mendirikan syarikat pemaju perumahan. Cara pengurusan dan pembangunan rumah-rumah DBKL yang hidup segan mati tak mahu ini wajib dihentikan. Ini amat senang untuk dilakukan kerana tanah adalah milik kerajaan. Kerajaan ialah orang ramai. Ertinya tanah adalah milik kita semua. Maka di atas tanah kita dirikan rumah untuk kita semua.

Pasti ada yang akan berhujah bahawa kerajaan TIDAK ADA MODAL. Sesiapa yang berani berkata demikian wajib kena penampar. Biasanya mamat-mamat yang berhujah demikian adalah mereka yang memiliki kepentingan untuk membuat duit menjual rumah. Atau mereka adalah barua pemaju dan pemodal syarikat perumahan. Mereka ini adalah tukang cari kontrek.

Untuk mereka ini hanya satu jawapan : Kenapa beli kapal selam bukankah baik membuat rumah untuk rakyat? Kenapa naik ke angkasa bukankah lebih baik buat rumah di bumi. Kenapa beli kapal terbang Sukhoi bukan kah lebih baik buat rumah untuk rakyat. Kenapa beli Eruocopter bukan kah lebih baik buat rumah untuk orang ramai. Berbilion-bilion duit ini adalah duit rakyat.

Duit rakyat ini lebih baik untuk mendirikan rumah dari membeli intan berlian untuk Rosmah Mansor. Duit ini lebih baik membuat rumah untuk rakyat dari dijadikan duit komisen untuk Razak Baginda yang akan bercuti makan angin di Paris.